Sejarah Ringkas Zionis

Sebelum membincangkan bagaimana negara Israel ditubuhkan, artikel ini akan membincangkan tentang buku “The Jewish State” dan tindakan Herzl sebelum Kongres Pertama Zionis.

Buku “The Jewish State” dilihat sebagai sebuah buku yang membangkitkan semangat oleh bangsa Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi. Herzl secara terang-terangan mengatakan bahawa “jika bangsa Yahudi mahukan sebuah negara sendiri, ianya bukan lagi satu lagenda”. Namun, mengikut Professor Joseph Agassi, yang merupakan professor emiritus di Universiti Tel-Aviv dan Universiti York, beliau menyatakan bahawa pergerakan Zionis bukan mempunyai satu aliran atau satu “mazhab” sahaja. Terdapat Pergerakan Zionis Politik yang ditubuhkan oleh Theodor Herzl dan Max Nordau; Pergerakan Zionis Spiritual yang ditubuhkan oleh Ahad Ha’am dan Martin Buber; dan Pergerakan Zionis Praktikal, termasuk Pergerakan Zionis Sosialis, di mana ia menjadi kepunyaan semua pemimpin tertinggi Zionis.

Buku Herzl tidak terlepas daripada kritikan, namun kebanyakkan golongan intelektual Yahudi menyokong pemikiran Herzl. Maka Herzl mendapat kunjungan daripada pemimpin Yahudi yang bersimpati dengan perjuangan beliau. Di antara tetamu yang mengunjungi Herzl ialah Rev. William H. Hechler, yang merupakan ahli agama British di Vienna. Hechler begitu kagum dengan Herzl sehinggakan Hechler menjangkakan bahawa Palestin akan jatuh ke tangan bangsa Yahudi antara tahun 1897 dan 1898. Herzl merantau ke Eropah dan Timur Tengah untuk mencari sokongan pembesar-pembesar negara seperti Jerman, Rusia dan Sultan Abdul Hamid II yang memerintah kerajaan Turki Usmaniah.

Herzl amat berminat untuk berjumpa Sultan Abdul Hamid II kerana pada masa itu, Palestin di bawah pemerintahan kerajaan Turki Usmaniah. Kebetulan pada masa itu, kerajaan Turki berhutang dengan banyak dan pada tahun 1891, hutang kerajaan Turki dianggarkan berjumlah 253 juta pound sterling. Herzl mengambil kesempatan ini untuk menawarkan bantuan kewangan kepada Turki sebanyak 20 juta pound sterling. Tujuan utama Herzl adalah apabila beliau membayar sejumlah wang yang banyak, tentunya kerajaan Turki akan berhutang budi kepadanya. Herzl akan mengambil kesempatan ini untuk meminta supaya Palestin diberikan kepada bangsa Yahudi. Walaupun ramai yang tidak tahu bagaimana Herzl akan membayar sebanyak 20 juta pound sterling keran tiada organisasi atau individu yang sanggup membayarnya, tetapi Herzl cukup yakin bahawa ramai jutawan Yahudi akan membantu sekiranya Sultan Abdul Hamid II menerima tawaran tersebut. Rancangan dan strategi yang rapi telah disusun oleh Herzl jika Sultan Abdul Hamid II bersetuju menerima bantuan Herzl. Persoalan sekarang ialah bagaimana Herzl ingin berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II.

Seperti yang sedia maklum, Herzl mempunyai banyak pertalian atau hubungan dengan orang-orang yang penting. Untuk perjumpaannya dengan pemerintah Turki, Herzl meluahkan niatnya untuk berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II melalui Baron Philip de Nevlinsky. Nevlinsky pernah terlibat dengan penentangan Poland terhadap pemerintahan Rusia. Selepas siri penentangan tersebut, Nevlinsky menjadi agen diplomatik bebas kepada beberapa buah negara. Semasa Nevlinsky bertugas sebagai atache media kepada kerajaan Austria di Constantinople (Istanbul pada masa sekarang) pada tahun 1874 hingga 1878, Nevlinsky berjaya menjalinkan hubungan rapat dengan pegawai atasan Turki termasuk sultan sendiri. Melihat kepada hubungan Nevlinsky dengan kerajaan Turki, Herzl dengan pantas meminta Nevlinsky supaya mengatur pertemuan beliau dengan Sultan Abdul Hamid II.

Dalam masa yang sama, Herzl mengatur langkah dengan cuba meraih simpati orang-orang yang terdekat dengan sultan agar mereka juga dapat mengaturkan pertemuannya dengan sultan. Antara orang yang Herzl berjumpa ialah Izzet Bey, setiausaha pertama sultan; Nuri Bey, setiausaha Kementerian Luar; dan Daoud Effendi, ketua penterjemahan dasar Turki di Timur Tengah, jawatan yang sangat berpengaruh pada zaman kerajaan Usmaniah. Mereka menunjukkan simpati kepada Herzl tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan semuanya bergantung kepada sultan.

Namun, tidak seperti jangkaan Herzl, Nevlinsky berjaya bertemu dan berbincang dengan sultan tetapi Sultan Abdul Hamid II enggan berjumpa dengan Herzl. Apabila Nevlinsky bertanya tentang kemungkinan untuk memberikan bangsa Yahudi hak di Palestin, Sultan Abdul Hamid II menjawab dengan tegas dan menolak segala usul Herzl. Sultan Abdul Hamid II berkata bahawa baginda tidak akan menjual walau seinci tanah Palestin kerana Palestin bukan milik sultan tetapi milik rakyatnya. Sultan meneruskan lagi dengan berkata, rakyatnya telah menang dengan darah dan membangun kembali Palestin dengan darah. Dan mereka akan mempertahankan Palestin juga dengan darah. Dengan itu, Herzl telah gagal dalam misinya kerana ketegasan pemerintah Turki mempertahankan bumi Palestin. Ketegasan pemerintah Turki pada masa itu berjaya menyelamatkan bumi Palestin daripada jatuh ke tangan Herzl dan segala perancangannya. Menyedari hakikat ini, Herzl mengatur lagi langkah untuk memujuk sultan supaya menerimanya sebagai tetamu walaupun usahanya gagal lagi. Seperti yang dinyatakan di atas, Herzl sangat berminat untuk berjumpa pemerintah Turki kerana Palestin di bawah kekuasaan Turki pada masa itu dan hanya Turki sahaja yang boleh memberi kebenaran kepada bangsa Yahudi untuk mendapatkan hak di Palestin.

Oleh itu, umat Islam juga harus mencontohi pendirian Sultan Abdul Hamid II yang tegas dan tidak tunduk pada wang semata-mata. Secara logiknya, dalam keadaan Turki yang dibebani dengan hutang yang banyak, tentunya sesiapa sahaja yang mahu membantu menyelesaikan hutang tersebut amat dialu-alukan. Tetapi walaupun dalam keadaan terdesak, pemerintah Islam tidak tunduk pada pertolongan yang boleh mengadaikan maruah dan perjuangan Islam.

Setiap Muslim harus sedar bahawa banyak tipu helah yang sengaja dianjurkan untuk menyesatkan, merugikan dan memecahkan umat Islam. Jika pegangan pada agama Islam lemah dan mudah bergoyah, ini akan memudahkan lagi serangan-serangan tersebut dilancarkan. Umat Islam harus bersatu padu tanpa mengira bangsa, ideologi politik dan pendapat. Jangan kita mudah lupa sejarah kerana apabila umat Islam lupa akan sejarah, segala perjuangan dahulu harus dibina semula dan bukan diteruskan. Perjuangan sepatutnya berterusan dan bukan roboh ditengah jalan. Oleh itu, sedarlah umat Islam dan peganglah pada al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.. Segala tohmahan dan buruk sangka terhadap Islam insyaAllah akan terhapus jika umat Islam sendiri sedar dan bertekad untuk berjuang. Ingatlah, Allah S.W.T. sentiasa membantu hamba-Nya yang berdoa, InsyaAllah.

Ya Allah, masukkanlah hidayah dalam hati setiap umat Islam, sedarkanlah umat Islam, kuatkanlah umat Islam dan satukanlah umat Islam. Bantulah kami dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin dan berikanlah kami ilmu agar kami dapat menggunakan ilmu tersebut untuk berjuang ke jalan-Mu. Sesungguhnya segala kekuasaan, segala kebesaran dan segala pujian hanya milik-Mu, ya Allah. Amin . . .

(bersambung)

About these ads
This entry was posted in Artikel.

6 comments on “Sejarah Ringkas Zionis

  1. diwan says:

    tau ketua zionis dunia abad sekarang gak???
    klo tau…tolong kirim email ke gw, plz……

    diwanpoenya@yahoo.com

  2. ファリデ says:

    konon peperangan di timur tengah tidak akan selesai sampai akhir jaman

    oh no…………

  3. szsaz says:

    is dat all…?need more info bout the zionis..plz..

  4. imamul mahdi says:

    nak tau.kiralh herzl yg pertama,pda zaman turki uthmaniyah,ktuanya yg skang adlh 12000

  5. ilmuzion says:

    banyakkan pendedahan tentang perancangan zionisma kepada masyarakat dunia. dengan cara itu dapat menyedarkan masyarakat apa itu zionisma. kebanyakkan manusia tidak sedar yg mereka telah dijajah oleh zionis setelah kekalahan sistem pemerintahan monark.zionis telah berjaya menguasai dunia dengan melaungkan sologan KEBEBASAN-PERSAMAAN&PERSAUDARAAN yg hanya merupakan idea semata mata.kemuncak dari ungkapan ritorik ini ahirnya melahirkan apa yg dipanggil SISTEM/AD-DEEN/CARA HIDUP DEMOKRASI.
    MAKSUD DEMOKRASI; 1) PEMERINTAHAN RAKYAT 2)KEKUASAAN RAKYAT 3) HUKUM RAKYAT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s