24 perkara JANGAN dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. : 1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan. 7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. 8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.. 14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa. 17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita. 18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t. 19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA. 24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam.

  1. syam
    December 8, 2006 at 8:10 am | #1

    artikel yg menarik….thanks a lot.dapat ilmu baru!

  2. nur
    January 26, 2007 at 3:36 am | #2

    artikel yang membentukkk menjadikan lebih berdislpin….

  3. faridine zidane
    February 11, 2007 at 5:11 am | #3

    alhamdulillaaah…..artikel yang baik…tapi,aku masih merokok…harap2 dapat berhenti sebelum jadi jin

  4. aizuddin
    February 11, 2007 at 1:38 pm | #4

    fatwa pakatan ulamak telah menyatakan merokok itu adalah haram.. nsbek la kawe sihat dari gejala cemtu.. huhu..

  5. aisha
    February 15, 2007 at 7:59 am | #5

    islam mengajar kita hidup berdisplin dan bersih zahir batin’
    mengamalkan penghidupan begini sangat memberi kesan kpd keturunan kita.

    Islam way of life

  6. tie
    February 26, 2007 at 2:55 am | #6

    artikel yang baik dan dapat menambah pengetahuan kepada pembaca.dapat banyak maklumat menerusinya.

  7. ayam golek
    March 1, 2007 at 10:35 am | #7

    aku bukan tak setuju…tapi tolong letak sumber dari mana ko dapat ilmu ni…pasal solat, taubat dan segala yang aku dengar dari Quran memang tak boleh dipertikai lagi..yang lelain tu tolong kasi rujukan sekali..selipar..pinggan sumbing bla bla.. overall aku setuju…aku cuma nak bukti supaya akau boleh ajar kpdorang yang byk tanya…

  8. September 18, 2007 at 2:35 am | #8

    aku pun ada dengar dari ibu aku ttg larangan-larangan yang membawa kepapaan. Yang jelas jangan pakai kasut/selipar yang berlainan pasang….amat tidak menyelesakan dan ganjil sekali penampilannya.

  9. ain_tawau
    October 26, 2007 at 7:02 am | #9

    terima kasih dengan artikel yang dipaparkan, dapat juga sedikit pengetahuan.

  10. risha
    October 29, 2007 at 5:47 am | #10

    salam…
    hi ayam golek…
    nak kenal ngan awk leh?
    nama awk sape? umo bp?

  11. eka
    December 6, 2007 at 5:17 am | #11

    smoga bisa dilakuin

  12. qoen
    December 13, 2007 at 7:25 am | #12

    Lidah….organ terkecil dari tubuh kita, tapi nahkoda yang mengendalikan seluruh hidup kita. Tergantung bagaimana kita memegang kemudi itu. Jika kita tak bisa mengendalikannya, hancurlah seluruh hidup kita. Satu sumber mata air yang dapat memancarkan kasih dan pahit. Lidah…lima huruf, tapi memiliki dampak yang sangat radikal. Dia dapat menyakiti, dia dapat juga memberkati orang dengan kata-kata lembutnya. Dia dapat membuat orang menangis, dia dapat juga membuat orang tersenyum. Dia dapat membunuh, dia dapat juga mendamaikan. Dia dapat menimbulkan konflik, dia dapat juga mempersatukan. Lidah…karena dia, persahabatan yang tak terbina dengan baik bisa hancur dengan kesalahpahaman. Karena dia, sepasang kekasih memutuskan berpisah oleh kurangnya pengertian dan keegoisan satu sama lain. Karena dia juga, suami istri yang tak teguh memegang komitmen hidup akhirnya memutuskan berpisah. Karena dia, para pemuda jatuh dalam lubang kebinasaan. Karena dia, dua suku bangsa dapat bertengkar hanya dipicu satu orang saja. Karena dia, dua negara yang berdamai bisa terpecah belah. Lidah…dia membuat orang bisa menjadi marah, memfitnah, membunuh, egois, tidak bisa mengerti keadaan orang lain, menang sendiri, acuh tak acuh, sinis, iri hati dan dendam. Tapi lidah juga membuat hati yang beku menjadi hancur, hati yang dipenuhi amarah dapat luluh oleh adanya kata-kata bijak, Tetapi kadangkala manusia mengabaikan betapa pentingnya komunikasi. Mereka tak pernah berpikir dampak yang kan terjadi bila kata-kata itu keluar dari mulut mereka. Lidah dapat mengeluarkan perbendaharaan yang baik jika dikendalikan oleh nahkoda yang bijaksana pula. Sebaliknya lidah dapat mengeluarkan perbendaharaan yang menyakitkan jika berada di tangan nahkoda yang akhlaknya buruk. Komunikasi yang terbina dengan baik bisa menjadi akhir yang sangat membahagiakan dan melegakan dahaga di hati. Dua insan yang bertengkar dapat bersatu karena adanya kata-kata yang lembuat keluar dari seorang bijak. Sepasang kekasih yang bertengkar dapat kembali bersatu karena adanya insan yang mendamaikan, meski insan itu menyukai salah satunya. Negara yang sudah tercerai berai dapat bersatu karena adanya kata-kata bijak dari sang diplomat. Lidah yang baik adalah lidah yang ingin sahabatnya bahagia, dan ingin menghancurkan persahaban itu walau sudah di ujung tanduk; lidah yang berusaha agar kekasihnya dapat kembali lagi padanya, meski sudah tak ada yang dapat dilakukannya; lidah yang ingin agar sahabatnya tersenyum kembali walaupun dia kecewa padanya dan tak ingin menyakitinya. Lidah yang baik adalah lidah yang selalu menyayangi orang lain, meski orang itu melukai perasaannya. Jadilah lidah-lidah yang memberkati orang-orang di sekelilingmu, nahkoda-nahkoda yang membuat orang lain tersenyum, nahkoda yang memberi ketenangan dan kedamaian… .</

  13. December 24, 2007 at 10:43 am | #13

    No komen!!

  14. idzhamwanas
    January 25, 2008 at 4:30 am | #14

    thanx a lot…mmg benar…lidah adalah organ kecil namun …….

  15. hazlina
    February 13, 2008 at 8:58 am | #15

    terima kasih…dapat ilmu baru ni,,
    tp kalo boleh bg lah rujukan nya supaya nanti kalo da yg tanya saya boleh bg bukti..

  16. jue
    April 7, 2008 at 4:47 am | #16

    INSYALLAH…AKAN SY CUBA UNTUK MENDISLPINKAN
    DIRI

  17. summayyah
    August 27, 2008 at 1:56 am | #17

    AKU NGERTI SKRANGNYA…KASYEH YA…

  18. jeman
    August 29, 2008 at 10:07 am | #18

    saya bharap tambahkn lgi artikal2 yg
    berunsur agama mudah2an dpt juga mjdi renungan
    kita bersama dunia dan akhirat amin

  19. aretie
    November 19, 2008 at 2:22 am | #19

    artikel yang sangat bagus dan menarik……
    semoga kite semua dapat megikutinya termasuk
    la diri aku……

  20. husna
    June 2, 2009 at 7:26 am | #20

    emmm….interesting!!! thanks!!!!

  21. ali
    July 5, 2009 at 8:12 am | #21

    ada ke semua yg disebut ni dlm al quran…kita perlu kaji sebelum percaya,perlu tahu sebelum mengikut…mungkin ini cuma adat bangsa bukan adat ugama !

    fikir kan lah….assalamualaikum

  22. edwin
    November 6, 2009 at 12:06 pm | #22

    oke,,,,banget

  23. nur
    November 19, 2009 at 6:27 pm | #23

    thank a lot ..
    huhuu..

  24. December 10, 2009 at 11:40 am | #24

    INSYA ALLAH SAYA TIDAK AKAN MELAKUKAN 24 PERKARA ITU,,,

    NB: ARTIKEL NYA BAGUS , QLO ADA LAGI SAYA MAU DONG DIKIRIMIN !!!!!

  1. No trackbacks yet.