Lina Joy bersenjatakan Surah Al Baqarah

Di dalam usaha Lina Joy menukar agama dan menukar status dirinya, perdebatan berlaku di antara peguam dan kehakiman di Malaysia. Yang menyedihkan apabila peguam beliau juga terdiri dari orang Islam. Semua mereka ini buta hati dan jiwa di dalam mengekar kedunian, wang dan harta. Tidak mustahil dunia kafir akan bersekongkol dengan Lina Joy untuk memenangi kes ini kerana untuk masa depan Kristian keseluruhannya. Satu Kemenangan ini akan membawa kepada kecemerlangan usaha MURTAD. Tidak mustahil, selepas ini angka 100,000 orang yang MURTAD akan melonjak ke angka yang lebih besar sekiranya keputusan Mahkamah menyebelahi LINA JOY.
Di dalam sesuatu perdebatan, perkara yang tidak boleh dipertikaikan adalah penggunaan AL-QURAN. Kerana itu UMNO cukup bimbang berdebat dengan PAS kerana mereka tidak tahu terjemahan dan tidak tahu penggunaan ayat Al-Quran. Sepotong ayat sahaja mampu menutup semua mulut. Begitu lah besarnya Mukjizat Al-Quran itu.

MEMPERGUNAKAN

Surah Al-Baqarah ayat 256, digunakan dalam usaha memenangi kes MURTAD LINA JOY. Adalah menjadi perkara yang PELIK apabila ayat Kitab Islam digunakan untuk menolak Islam itu sendiri, manakala peguam yang juga Islam digunakan untuk menolak ISLAM itu. Begini lah akhir zaman dan tidak mustahil segalanya berlaku kerana umat dan pemimpin Islam sendiri tidak mendalami Islam. Maka terjadilah perkara-perkara yang bakal membunuh ISLAM, tanpa kita sedari.

Mari kita lihat kepelbagaian tafsiran surah Al-Baqarah yang dijadikan sandaran kepada Anti Islam untuk menyerang dan memperlekehkan Islam. Kenapa Surah Al-Baqarah dipilih untuk merealisasikan kemenangan Lina Joy?

TERJEMAHAN AYAT

Dibawah ada 3 terjemahan. Di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Jika kita cukup bijak di dalam berbahasa, mungkin ia jelas nampak bezanya.

Terjemahan di dalam bahasa Inggeris Surah Al-Baqarah (Ayat 256) *There is no compulsion in religion. Verily, the Right Path has become distinct from the wrong path. Whoever disbelieves in T?gh?t and believes in All?h, then he has grasped the most trustworthy handhold that will never break. And All?h is All-Hearer, All-Knower.”

Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia Surah Al-Baqarah (Ayat 256) Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Terjemahan di dalam Bahasa Indonesia Surat Al~Baqoroh (2): 256 Tidak ada paksaan untuk MEMASUKI agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Di dalam 3 terjemahan di atas, terdapat perbezaan yang sedikit, membawa makna yang besar. Lihat terjemahan di dalam Bahasa Indonesia, perkataan MEMASUKI itu seperti kecil tetapi sangat besar ertinya. Ia menjelaskan bahawa ISLAM tidak pernah mengajak penganut agama lain di dalam menyertai Islam, ia lebih bersikap terbuka, tidak memaksa, redha, rela dan bersetuju . Manakala LARANGAN sebenarnya adalah kerana meninggalkan Islam, yakni MURTAD. Lantas adanya HUKUM BUNUH dan sebagainya. Itu kita WAJIB tahu.

Nampak mudah, tetapi sebenarnya sepotong ayat membawa makna yang berlainan MEMASUKI di dalam terjemahan Bahasa Malaysia dan Inggeris, secara tidal langsung bermaksud keluar Islam pun boleh.

Begitulah bahayanya jika AL-Quran diterjemahkan oleh orang yang ingin mengambil kesempatan atau tidak sedar akan kesilapan.

INJIL BERUBAH KE BIBLE

Kita semua tahu bahawa Bible adalah merupakan larutan dari Kitab Injil. Berita-berita memberitahu bahawa Injil Sebenar disimpan dan dielak dari dibaca oleh penganut Kristian sendiri.

Ini adalah kerana pada zaman King Arthur banyak bahasa dan pengertian INJIL diubah dari Bahasa Arab kepada bahasa Inggeris. Hanya dengan salah menggunakan bahasa dan terjemahan, kita melihat penganut Kristian tersasar jauh dari INJIL sebenar.

Perubahan terjemahan boleh salah ertikan dan diperdebatkan seperti yang berlaku sekarang. Lantas Penganut Kristian menjadi ragu-ragu akan INJIL itu sendiri lantas merosakkan kehidupan penganut Kristian mereka seperti mereka itu bersikap seperti tiada agama. Arak, pelacuran, judi dan pelbagai lagi perkara munkar berlaku kerana mereka hilang percaya.

USAHA PENTERJEMAHAN

Menterjemah merupakan salah satu kerja dan punca pendapatan. Namun jangan sekali-kali terlibat sama di dalam menyalah-tafsirkan Al-Quran. Implikasinya mungkin bukan sekarang tetapi akan datang dan membawa kemudharatan kepada Islam seluruhnya.

Terjemahan AlQuran ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris sudah lama dilakukan. Tetapi kesempatan ini baru sekarang digunakan oleh mereka yang anti Islam. Manakala orang Islam seperti terdiam tidak berkata apabila musuh Islam datang menyerang dengan menggunakan Al-Quran.

Malah memalukan apabila, keadaan sekarang ini melihatkan Islam diserang oleh Orang Islam yang ingin murtad, dibantukan oleh Peguam Islam yang menggunakan Kitab Islam sendiri. Kafir dan lakhnat hanya memerhatikan diluar sambil memberikan sokong padu di dalam bentuk wang dan semangat. Entah berapa juta yang sudah dilaburkan, kita sendiri tidak tahu. Tapi penulis yakin ianya angka yang besar.

BAGAIMANA DENGAN TERJEMAHAN AYAT YANG LAIN?

Mungkin ini hanya berlaku pada satu ayat ketika ini dan tidak mustahil akan ada terjemahan lain yang boleh diselewengkan mengikut rentak hati dan tujuan masing-masing.

Manusia sememangnya terdorong untuk melakukan perkara yang dilarang. Sikap kita masih seperti anak-anak. “Jangan memanjat” tetapi itu lah yang kita mahu. Sentiasa mencari ruang untuk mengejar keduniaan. Tidak fikirkan dengan siapa kita bersekongkol dan untuk apa kita sekongkolkan. Hanya mengikut nafsu supaya orang lihat kita kaya, berduit dan berharta.

ISLAM DAN KEMENANGAN

Dahulu Islam mempunyai ahli debat yang HEBAT, Allahyarham AHMAD DEEDAT. Selepas kematian beliau, kita terasa seperti kehilangan taring. Musuh Islam bukan sahaja menyerang terang-terangan dalam menghantar bom dan askar, mereka semakin bijak menyerang menggunakan ayat dan cara Islam sendiri.

Islam dibiarkan kalah dalam keliru. Itu lah hakikatnya yang berlaku pada Islam sekarang dan masa akan datang, ia mungkin lebih teruk lagi. Islam diserang menggunakan ALQURAN kerana Islam sendiri menjauhi ALQURAN.

Sudah banyak terjemahan dilakukan di Malaysia, begitu juga yang telah diedarkan. Adakah kita bersubahat melakukannya? Kita sebenarnya tidak sedar jika sehari 1 perkataan diubah, kerana kita tidak pernah pun MENGAMBIL BERAT.

p/s: 10hb ogos adalah hari penentuan kes setelah sekian lama ditangguhkan

This entry was posted in xklusif.

22 comments on “Lina Joy bersenjatakan Surah Al Baqarah

  1. Jos Budiman says:

    I am pure Indonesian and I am new born christian. I think Malaysia should enhance its tolerance towards its own endegenous people (the Malays) but not restricting their choice to choose any religion. Memaksa seseorang untuk tetap Islam, sementara hati nurani orang tersebut tidak bisa menerima keyakinan imannya merupakan pengingkaran akan hak azasi seseorang (avoidance of freedom of religion). Di Indonesia, undang-undang dasar 1945 menjamin setiap warga negera Indonesia untuk beribadah menurut agamanya. Kata beribadah menjamin seseorang untuk memilih agama menurut hati nuraninya masing-masing dan menjamin setiap orang untuk berpindah agama. Tidak ada paksaan masuk dan tidak ada paksaan keluar suatu agama apapun seperti yang dikatakan dalam Al Quran surat Al Bakarah. Tapi dalam prakteknya, banyak siksaan (persecution) bagi mereka yang keluar dari Islam, sementara orang yang non-islam kalau masuk islam sebagai mualaf dipuji-puji, dipromosikan kesaksiannya dimana-mana. Saya melihat ini tidak adil dan sangat bertentangan dengan hak azasi manusia (human right). Dimanakah konsep keadilan itu dalam Islam? Banyak orang Islam yang merasa ajaran Islam terlalu kaku, bertentangan dengan hak azasi manusia. Allah saja tidak pernah memaksa orang untuk masuk suatu agama, mengapa manusia mau memaksa seseorang untuk masuk suatu agama yang bertentangan dengan hati nuraninya.
    Saya pikir Malaysia harus merubah paradigma kekakuan (clumsiness) dari falsafah Islam yg tidak adil ini. Di Indonesia banyak muslim yang masuk kristian dan dicabut haknya dari keluarga atau dicemooh dan diasingkan, tapi mereka tetap teguh imannya kepada Yesus setelah mereka melihat keajiban dalam hidup pribadinya yang membawa damai dalam hati mereka, tanpa perlu mengekspose diri mereka ke publik. Apa artinya kartu penduduk (identity card) Islam kalau hati mereka sudah jatuh cinta pada Tuhan Yesus sebagai juru slamat mereka. Pemaksaan agama bertentangan dengan hak dasar manusia untuk menyembah Tuhan yang mereka percayai. Amin.

  2. Hamba Allah says:

    Kristian adalah agama yang tidak benar ajaran serta terpesong daripada kitabnya daripada Injil asli yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. cuba tanya mengapa biarawati terkenal dari Itali lari ke U.S dan menukar agamanya daripada Kristian kepada ISLAM? Mengapa seorang biarawati kristian yang bijak memeluk ISLAM? mereka sebenarnya pernah membuat kajian terperinci tentang agamanya dan mendapati banyak pembohongan sehinggakan KALAM ALLAH dipesongkan dalam kitab Injil dipesongkan. kitab asli bagi injil @ bible yang dipegang oleh umat kebanyakkan umat kristian pada hari ini telah mengalami banyak perubahan yang DIDASARKAN KEPADA HUMAN RIGHT? Adakah ini patut diikuti hanya kerana memenuhi kehendak hawa nafsu yang didorong oleh syaitan laknatulah alaihi? Pernah Isa mengaku bahawa dia ANAK Tuhan? dia patut DISEMBAH? sebenarnya dia hanya mengaku dia adalah RASUL ALLAH yang diutus untuk memandu manusia kejalan yang betul. Dan Satu persoalan yang ingin saya katakan disini, patutkah hanya kerana seorang Raja Romawi yang melantik Isa a.s (sesudah lebih dua ratus tahun lamanya diangkat oleh ALLAH SWT kelangit) sebagai Tuhan patut diikuti?
    keberkenaan dengan soal “open-minded”. ingin saya katakan dalam soal menuju kearah kehidupan yang harmoni. Islam sememangnya “open minded”, tapi harus kita ingat bahawa kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasullullahi SAW adalah pedoman hidup yang sangat murni, dimana ia mengajar kita menjaga maruah diri sendiri daripada perbuatan yang mungkar dan maksiat, membersihkan hati kita dengan sentiasa bersolat sudah tentu kita mencapai ketenangan dunia hingga keAkhirat.. Insya Allah.. menjaga keturunan yang luhur, mengajarkan kita erti kesabaran sebenar, menjadikan kita insan yang patuh kepada Allah SWT, Tuhan yang ESA, yang Maha BerKuasa dan Maha Mengetahui. Ingatlah, disini saya ingin memberikan pesan ini bukan hanya untuk diri saya sendiri, tapi juga saudara dan saudari sekelian bahawa agama yang sememangnya berada dilandasan yang betul adalah hanya ISLAM sahaja. terpulanglah pada sekelian saudara/i untuk menilai yang haq’ dan batil’, yang benar dan diredhai dengan sesat lagi mungkar serta dimurkai Allah SWT.

  3. abu jahal ibni abu jahil alhakam says:

    islam adalah agama yang berlandaskan kebenaran,terang lagi jelas,tanyalah saja pada ulamak2 islam sekira nya ada keraguan dalam hati,jangan ikut hati sendiri2 saja sebab akal kita sendiri tidak bisa mengerti akan hakekat agama itu tanpa panduan yang benar dalam islam apa2 keraguan tentang tuhan,hukum hukum islam,kehidupan sembahyang,makanan halal haram,pakaian,perkerjaan,kesehatan diri,kebersihan diri luar dalam,kaabah tanya aje lah tentu ada jawapan nya yang jitu lagi meyakinkan.tapi tanya pada yang ahli nya pasti ada jawapannya, berlainan dengan ugama kristian cuba tanya pendeta2 kristian tentang sembahyang nya kenapa di gereja ada piano,guitar guna muzik untuk sembahyang ada tak dalil dari kitab nya,tanya lagi pendeta2 apa makanan yang haram di makan menurut ajaran kristian.khitan dalam ugama kristian itu apa hukum nya wajip ke perlu ke tak payah ke? apa jawapan nya yang jitu lagi meyakinkan tak boleh ikut akal mesti ikut kitab pegangan sebab kita di nilai dengan pegangan kitab kita akal boleh berubah ubah sebab itu orang banyak,banyak pula pandangan nya kadang betul kadang salah umat kristian sekarang tak bertuhankan allah tak jugak nabi isa tapi bertuhankan pendeta pendeta mereka sebabnya tanya diri sendiri lah kamu ikut pakai kitab ke? ikut pakai pendeta2 kamu sebab dalam soal makan nabi isa kata jangan makan babi tapi pendeta kata boleh,soal khitan tadi nabi isa khitan tapi tanya pendeta kamu pasti jawapan nya ikut suka kamu aje lah kalau mau ia khitan tak mau tak apa,pergi aja khitan hati kamu aje kan ini pelik jadi kamu orang kristian ikut cakap2 pendapat pendeta2 kamu bukan berdasarkan kata kata nabi isa nabi yang sah,bukan orang yang mengakui dia sendiri nabi dan iktiraf diri dia nabi tapi orang lain tak akuinya seperti paul masuk bakul angkat sendiri jadi orang kristian kini bertuhankan paul itu sendiri dengan mentaati paul umat kristian mentaati ajaran paul dan menyembah ajaran paul yang sangat di wellcome itu melebihi ajaran nabi isa

  4. ellysa joel says:

    Orang Islam itu sendiri kurang pemahaman tentang agama mereka.saudara abu jahal mengatakan orang kristian melebihkan paul berbanding nabi isa kerana tidak mengetahui apakah sebenarnya kristian itu. mengatakan sesuatu yang tidak difahami dan tidak dimengerti adalah tidak dapat diterima.kenapa orang islam sendiri itu yang melebihkan nabi2 mereka dan mengikuti segala ajaran2 yang kekadangnya tidak masuk akal.sehinggakan dalam hadis ada mengatakan kencing unta itu boleh menyihatkan badan.dan tidak perlulah juga orang2 islam berusaha mencari setiap inci kesesatan yang mereka cipta sendiri dalam agama kristian.kamu orang2 islam,hiduplah mengikut agama kamu sendiri dan kami orang2 kristian juga hidup dengan agama kami sendiri kerana bila kalian sudah mendekati ajal,masing2 yang akan diadili mengikut apa yang kalian layak.penyelamatan yang kami terima tidak akan menjejaskan hidup kamu jadi berhenti daripada terus menambah dosa dengan mengatakan perkara yang tidak kamu ketahui dan fahami.semoga kalian mendapat penyelamatan kalian sendiri yang kalian sendiri tidak pasti adakah kalian akan selamat.kami orang2 kristian percaya bahawa Hidup Sejati adaklah milik kami.Amen.

  5. nasran ahmad says:

    this comment is to ellysa joel,

    saya nasran dengan sukarelanya membalas semula apa yg dikomenkan oleh ellysa joel itu kerana saya mmg tidak puas hati sebenarnya dengan penjelasan berkenaan “kami org2 islam tidak faham islam sendiri”..saya rasa kamu lebih baik balik belajar dan mengkaji agama islam terlebih dahulu sebelum membuat apa2 komen terhadap islam..
    sebenarnya, agama islam adalah agama yg benar..bukan sahaja diakui oleh kami tetapi oleh pengkaji2 barat juga..ada seorang kawan saya yg berbangsa Kristian yg mengaku tahu ayat2 dan terjemahan Al-Quran padahal dia sendiri tidak tahu apa2 langsung ttg ayat tersebut melainkan menurut pemahaman dia sahaja..
    Dia bercakap kepada saya:Ada satu ayat dalam Al-Quran: Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; “Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara.” Sekarang kami pendakwah Kristian telah pandai membaca Al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami juga mempunyai kursus khas untuk mengkaji Al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan kamu itu.”
    Dan saya membalas:Memang betul apa yang awak baca ini. Kami membaca Al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi Al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar Al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya beberapa bulan sahaja kamu sudah boleh membaca Al-Quran. Sebenarnya awak tidak tahu tafsir Al-Quran. Ayat yang sebenarnya ialah “Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah. Kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.”
    Dia bertanya kembali: “Apakah angan-angan yang kosong itu?”
    Sayapun membalas: “Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kamu memakan Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat begitu?” Diapun tidak boleh berkata apa-apa lagi. Mukanya mula merona merah padam.
    Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang kita tidak fahami kerana kebanyakan ayat-ayat itu lebih berupa kiasan. Al-Quran memiliki mutiara yang tidak ada tolok bandingannya yang berjaya mengetuk beberapa hati pengkaji-pengkaji di Barat. Al-Quran menjawab persoalan kejadian alam semesta dalam surah Al-Anbia, ayat 30 melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Apakah orang yang tidak beriman itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi kedua-duanya dulu adalah suatu yang padu. Kemudian kami pisahkan antara keduanya.” Dalam ayat ini ada dua kalimat yang indah dan perlu kita fahami dengan betul iaitu ‘ratqa’ bermaksud sesuatu yang ditampal ataupun yang dijahit dan ‘fatqa’ bermaksud sesuatu yang dibuka dan dikoyak. Allah mengatakan langit dan bumi pada asalnya ratqa (ditampal dan dijahit), kemudian kami buka atau mengoyak dan kami mengembangkannya. Ayat ini menceritakan mengenai permulaan alam semesta ketika tidak ada seorangpun yang bercakap bahasa seperti Al-Quran ini sebab ia baru ditemui hakikatnya pada abad ke-20. Ulama Islam dulu sudah ada pemikiran sains sebab mereka mengkaji al-Quran. Walaupun mereka hidup pada zaman dulu, minda mereka adalah minda sains. Hari ini kita sama-sama sudah maklumi bahawa menurut teori sains cakerawala, permulaan alam semesta bermula dengan satu yang kita kenali sebagai ‘Big Bang’. Mengikut laporan NASA, pakar mengatakan bahawa kejadian alam bermula antara 12 hingga 14 bilion tahun dulu dan panjang alam ketika ia bermula ialah beberapa milimeter saja. Itu yang sempat dilihat oleh saintis dengan menggunakan alat teleskop yang canggih dan terkini. Namun dalam masa yang singkat ia mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Jadi ramai orang bertanya mengenai masa yang ‘singkat’ ini apa maksudnya? Jelas maksudnya dalam masa yang tidak sampai satu saat. Hal ini dilaporkan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble dengan menggunakan teleskop berkuasa tinggi yang kita kenali pada hari ini sebagai Hubble Telescop kemudian disokong pakar astrofizik dari Amerika seperti Arno Penzias dan Robbert Wilson. Dan begitulah juga disokong saintis lain yang semuanya mengatakan bahawa alam bermula daripada sesuatu yang bercantum padu sebelum berlaku letupan yang dikenali sebagai ‘Big Bang’. Disebabkan itu, beberapa saintis mengagumi Al-Quran antaranya Dr Alfred Kroner yang pernah menjadi dekan dijabatan geologi di Institute of Geosciences di sebuah universiti di Jerman. Beliau pernah berkata berhubung ayat ini, “Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui bahawa langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun ini menggunakan alat-alat yang canggih. Seorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1,400 tahun dulu, saya rasa tidak akan mampu mengetahui mengenainya. Tetapi mengagumkan, Muhammad mengetahuinya.” Profesor Jeffry Land, seorang pakar matematik di Barat yang selepas mengkaji al-Quran juga telah memeluk Islam. Begitu juga Dr Gary Miller, seorang pakar matematik dan tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian dari Toronto Kanada yang memeluk Islam selepas mengkaji al-Quran dan mengetuk hati Profesor Tejatat Tejasan dari Thailand. Kristian menurut kitab Injil yang asal kamu iaitu Injil Barnaba jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah Islam. Jadi oleh itu saya sarankan orang2 Kristian agar masuklah Islam. Kerana dengan Islam, Father masih boleh beriman dengan Jesus pujaan kamu itu.

    • niena says:

      malas..nak komen,,,ssesunguhnya tiada TUHAN melainkan TUHAN…jgnlag kita bertelagah kerana ini….yang penting nawaitu masing-masing

      • Shikin Muslim says:

        niena…
        kita bukan bergaduh… tapi masing2 ingin mempertahankan agamanya…
        Saya lebih rela diri saya dihina daripada agama dan negara saya. Saya berasa hairan kenapa agama lain gemar mengertikan agama lain sesuka hati mereka sedangkan mereka jahil dan tidak tahu apa pun tentang hal agama tersebut. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mencaci agama lain. Allah dan Muhammad mendidik kami melalui Al-Quran dan Sunnah agar jangan sesekali mencaci agama lain. Semasa Nabi Muhammad mengajak orang jahiliah memeluk Islam, dia dibaling dengan batu, dipukul dan dihina, anak baginda Zainab dibunuh ketika hamil, namun baginda hanya berdoa agar orang-orang jahiliyah diberikan hidayah. Bayangkan betapa kasihnya baginda. Baginda sendiri tidak pernah menolak kewujudan Isa@Jesus. Tapi beliau tidak menganggap Isa itu Tuhan, tapi seorang Rasul utusan seperti baginda. Dan kami beriman dengan rasul-rasul kami termasuk Isa

  6. faridine zidane says:

    orang yang tak paham tentang islam, jgn pandai-pandai nak komen…belajar dan pahami dulu…..

  7. aisha says:

    betulah..kan faridine.

    Kalau dah tahu macam mana ribut salji menganas di sebahagian amerika,dah tahu nk mencerita macamana pertukaran cuaca sekarang dll.Kemungkinan boleh komen…..

  8. ayam golek says:

    Jos budiman ..kamu ini memang indon yang goblok..aku tidak bilang bahawa semua indonesian itu goblok tapi sorry man kamu memang goblok…mengapa kamu murtad..jawab sejujurnya dan tanya dalam hati apa sebenarnya menyebabakan kamu masuk kristian..jawapannya bagi aku kerana kamu goblok…hidup kamu sebagai muslim dulu adakah kamu mengamalkan islam sepenuhnya?.. sudah habis pengajian tentang islam? sudah buat semua rukun islam yang lima itu?,,jika tidak jgn pandai-pandai mengajar orang malaysia muslim tolerate tentang agama..aku bosan dengan sikap orang murtad yang kalau ikut hukum sepatutnya dibunuh saja jika telah diberi peluang bertaubat tapi tidak melaksanakannya…bisa saja kamu ngomong perihal hak asasi manusia…hak Allah memberikan kamu kehidupan kamu injak seadanya…GOBLOK !Sorry aku bukan orang yang berdiplomasi macam forummer yang lain …jangan salahkan agamaku..ini adalah aku secara individu…islam tak pernah mengajar akau memanggi orang GOBLOK…tapi ini luahan hati aku sebagi Individu yang marah dengan kenyataan goblok kamu…..ngerti GOBLOk…kalu kamu rasa aku keterlaluan aku tidak akan sekali minta maaf..you. deserve it..bertaubat..selagi pintu taubat masih terbuka..jangan jadi GOBLOK sampai kamu mati…

  9. ayam golek says:

    elyssa joel…ko ni naif sungguh..jangan pandang islam dengan mata kasar sahaja..sebab kau akan lihat ramai orang islam di dunia ni yang tak mengamalkan islam sepenuhnye..lihat dengan mata hati sejujurnya apa islam sebenarnya..kau akan faham kalau kau ikhlas mendalaminye..semoga mendapat hidayah dan petunjuk…jgn nilai islam sebab ada perlakuan buruk umatnye..itu antara mereka dengan Allah..di akhirat nanti ada pembalasan bagi mereka..dan semoga mereka sempat bertaubat…..tapi takkan kau nak hidup dalam kesesatan selamanya..carilah islam seikhlasnya…

  10. lin says:

    Bravo ayam golek..betul apa yang ko cakap tu..utk forummer lian GOBLOK tu maksudnye bodoh/bangang/ stupid bla bla..memang sesuai dengan Jose budiman yang tak budiman langsung..

  11. oriyoe says:

    saya kebetulan datang pagi2 ke pejabat ari ni…ntah kenapa tiba-tiba saya terbuka laman….semoga kamu yang menegakkan agama Allah, Islam yang suci, akan sentiasa diberkati oleh Allah….Islam itu indah…Al-quran itu mukjizat….buat ellysa joel…aku berdoa kepada Allah…semoga kamu yang akan menjadi seorang lagi saudara yang diterangi hatinya oleh Dia Yang Maha Esa..Allah Subhanahuwataala…Amin

  12. ayam golek says:

    oriyoe..aku sukalah cara kau..aku ni bukan baik sangat..tapi aku benci kalau ada orang yang hina islam tanpa mengenali islam..approach aku memang kasar sebab aku bukan lemah lembut macam kau..tapi tujuan aku cuma taknak islam itu diperlekehkan macam jose budiman dan rakan-rakan..memandangkan dah ramai yang lemah lembut macam kau kat sini..bolehla aku just being myself…tanpa berlemah lembut sebab aku memang brutal..yang penting JANGAN hina islam..

  13. Vie says:

    aku setuju ama ayam golek Allah Swt tak ada tandingannya di alam semesta ini Dia lah satu2nya Tuhan yg patut di sembah, aku pun orang Indonesia tp aku tdk Goblok seperti Jos Budiman.

  14. ayam golek says:

    Syukur..Vie..teguhkan keimananmu …jgn gentar dgn hasutan dunia..doaku kamu dilindungi Allah sentiasa…semoga rakyat Indonesia yg lain juga beroleh kesejahteraan..

  15. sirap says:

    Allah sahaja yang melindungi kita sahabat sekalian..utuh dan teguhlah kepada agama Islam..nescaya kita beroleh kebahagiaan dunia akhirat..

  16. amien says:

    Pigi jumpa sama yusuf estes, yusuf islam jefry lang dan lain2 lagi..tanya mereka kenapa mereka masuk islam…anda akan tahu jawapannya

  17. haji losong says:

    rata-rata kebanyakan rakyat Indonesia Muslim hidup dalam kemiskinan. Tapi bukan semuanya, ada juga yg kaya-raya. Begitu juga dengan Muslim Malaysia

    org muslim yang hidup serba susah dan daif ini, sekiranya tidak ada pegangan
    Islam yang kuat akan mudah terpengaruh dengan aktivitas yang sumbang seperti
    contohnya merampok atau mencuri kerana ngga punya wang untuk membeli makanan.
    contoh kedua… sekiranya tidak miskin wang… ada lagi miskin yang lain

    – miskin jiwa, miskin pengetahuan agama, miskin nilai-nilai murni, dan macam-macam miskin……….

    setahu saya……. mau diberi statistik tapi ngga pernah dibuat orang….
    “Mubaligh Kristen ini ambil kesempatan dari macam- macam miskin ini dengan memberi ole-ole kepada orang muslim yang miskin tadi untuk memeluk agama mereka… asal bisa sahaja dapat uang mahupun apa-apa aja…..”

    sbg cth…. kalo masuk kristen akan dapat banyak keistimewaan.. bahkan ada boleh melancong ke Vatican City

    siapa tidak butuh uang…..

    dalam kasus lina joy…… dia masuk kristen pasti kerana laki-laki….. dan sex……….
    mungkin duluan beliau sudah kecewa sama pacarnya orang melayu muslim…
    mungkin juga keperawanannya sudah direnggut simuslim melayu itu…… tambahan lagi orang tuanya juga ngga ada uang banyak…. padahal si Lina Joy itu butuh uang
    jadi dgn cara masuk kristen….. banyak KEPUASAN boleh dia dapat termasuk uang
    “lumayan jaga yah masuk kristen ni, dapat laki-laki ganteng dan dapat uang yang banyak”, kata Lina Joy kepada dirinya sendiri

    jadi kesimpulannya kita harus bantu-membantu sesama muslim… kalo kita kaya… bantuin orang miskin…….. kalo kita ini banyak ilmu agama, harus diajarin sama
    orang lain…. jangan biar sampei dari 100,000 muslim murtad menjadi 1,000,000 muslim murtad pada tahun 2020 nanti….

    maaf ya kalo bahasa pokcik ini ngga ketentuan bahasanya … pokcik sendiri ngga ngerti mengapa Bahasa Malaysia pokcik dah ada unsur-unsur Indonesia
    Ini pasti pengaruhnya sinetron-sinetron channel 9 Astro ni….

    ikhlas

  18. hani says:

    Contoh yang paling simple…
    Pernahkah penganut2 kristian ni tahu ketika sampai waktunya nabi Isa turun ke bumi, pekerjaan utama yg dilakukan adalah membunuh segala babi-babi. Jadi renung2kan lah wahai orang kristian, benarkah agama anutan kamu itu? Bukankah babi itu makanan kesukaan kamu dan hasil ternakan sebilangan dr kamu?

    • niena says:

      oooo cik HANi…

      ada juga mazhab orang kristian tak makan BABI….@pun makanan yg berdarah….jgnlah nila setitik rosak susu sebelanga……dah cukup ke ilmu didada….bukankah kita digalakkan ampun dan mengampuni……

  19. zzz says:

    Tp yg bt aku plk, knapa beriya2 bnr org kristian nk gn nm Allah sdgkn mrk kata tuhan mrk tu nabi Isa (sbb slalu dgr pon dok sbt jesus ja, jrng plak dgr sbt nm Allah tp sdr la anda x lyk mnyebut nm-NYA krn anda sdiri menyeleweng dr kbnrn) , ksimpulannya ISLAM adlh agama yg bnr n xdak agama ln yg bnr melainkn islam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s