TREND hantaran kahwin yang tinggi?


Okeh bertemu kita sekali lagi dalam ruangan blog ini. Tajuk yang bakal Siti kupaskan hari ini adalah tentang trend hantaran kahwin yang semakin meninggi. Bukan hanya semakin meninggi tetapi memuncak, meggungung, mengadu domba dan juga bermain nasib. Tajuk ini sebenarnyer tampak remeh lebih2 lagi ia melibatkan wanita seperti Siti dan kaum2 senasib Siti yang lain. Tetapi apa yang Siti ingin tekankan di sini ialah tentang pengaruh ikutan ini (trend setting) yang telah pun bermaharajalelah dan telahpun menyemakkan pemikiran, malah bersarang, mahupun beranak pinak (seperti dalam kes rasuk jin Idrus) di dalam sanubari kita sebagai wanita Melayu seperti Siti ini. BTW bentuk badan Siti ialah 28-28-28

Apa yang tidak tertanggung dan tidak dapat tertahan untuk Siti luahkan hari ini ialah sikap dan akibat daripada sesetengah golongan kita kaum Hawa yang tanpa segan silu dan tanpa usul periksa telah mengahwini kaum lelaki yang menjanjikan hantaran kahwin yang lumayan. Apa yang Siti perasan, pengaruh ikutan ini terbentuk sejak daripada perkahwinan adik kembar SIti iaitu Siti Nurhaliza sendiri. Okey Siti tidak mahu komen panjang lebar mengenai idola atau ikon negara (kemungkinan Siti akan dibom oleh peminat2 beliau).

Apa yang menjadi topik persoalan dan permasalahan di sini ialah sampai bilakah budaya atau trend mengenakan hantaran dan mas kahwin yang tinggi ini akan berleluasa. Sedarlah diri kita kaum hawa. Bangkitlah dan majulah kaum Hawa demi sukan Malaysia. Tidakkah kita sebagai kaum Hawa perasan yang jumlah kaum lelaki di Malaysia ini semakin lama semakin menyusut dan jumlah kita pula semakin lama semakin membiak bagai turunnya pendatang tanpa izin ke negara kita. Jadi perlulah sebenarnya trend ini dibendung sebelum menular menjadi liar dan melarikan lelaki2 melayu kita yang kian pupus ke arah wanita2 asing yang ternyata lebih murah hantaran mas kahwinnya.

Apa yang memeranjatkan Siti baru2 ini ialah tentang hantaran kahwin tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 444,444 yang dibuat oleh dato R. TIndakan dato R tersebut sedikit sebanyak telah menyusahkan kaum lelaki di muka bumi Malaysia ini di mana Siti sebagai seorang wanita pun rasa tidak adil tragedi sedemikian berlaku kerana ini akan menyukarkan lagi proses perkahwinan. Apa yang dapat Siti tahu, perkahwinan adalah satu ikatan atau perjanjian di antara suami dan isteri. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dijual-beli dan dijadikan sebagai satu alasan oleh kita kaum Hawa untuk mencekik si lelaki.

Siti amat malu apabila perkara seperti ini terjadi. Kita kaum hawa seharusnya berfikiran lebih matang. Bayangkan tahun2 kini pun, hantaran dan mas kahwin semakin melonjak naik. Siti dapat tahu bahawa seorang daripada kawan Siti (lelaki) yang baru sahaja grad dan ingin melamar wanita idamannya terpaksa menyediakan hampir2 20ribu ringgit hanya untuk hantaran. Adakah ini seperti urus niaga manusia? Adakah ini menunjukkan keadilan bagi pihak lelaki untuk berbelanja sebegini besar hanya untuk berkahwin. Mengapa pihak perempuan tidak saja meletakkan hantaran sekitar rm2.50. Siti pasti jika setiap wanita yang masih bujang meletakkan hantaran sekitar berkenaan, sudah tentulah isu kahwin misyar dan isu andalusia serta andartu tidak akan membiak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita sehairan bukan seharian.

Apa yang Siti ingin titik beratkan di sini sebenarnya adalah isu keadilan. Yalah walaupun sebagai seorang wanita, Siti juga harus menilai dari konsep sama rata atau keadilan. Cukuplah sekadar meletakkan hantaran sebanyak RM10 untuk perkahwinan yang ikhlas dan jujur. Tidak perlulah sampai ke ratusan ribu. Siti risau wabak ini akan menular di kalangan anak gadis kita yang cantik2 di mana mereka akan memburu dato’ sebagai calon suami yang mempunyai harta. Jika semua dato’2 akan memburu mereka termasuk memburu SIti, maka yang cantik2 akan pergi kepada yang tua2. Habis tu, kasihanilah lelaki2 atau2 teruna2 yang masih bujang ini. Takkanlah mereka hendak mengahwini perempuan yang tidak cantik (hahaha Siti buat lawak, jangan terasa hati pula).

Jadi kesimpulannya di sini, kita sebagai wanita haruslah berfikir ke hadapan dan berdaya saing. Jika kita lihat jiran kita hendak kahwin letakkan hantaran sebanyak 2.50, kita letaklah harga kita pada paras RM3 iaitu tidak melebihi RM10. Daya saing seperti inilah yang Siti ingin lihat pada semua generasi2 kaum Hawa yang berada di Malaysia.

This entry was posted in Umum.

3 comments on “TREND hantaran kahwin yang tinggi?

  1. zzz says:

    mas kawin pon dlm sekitar 3oo rggt ja, tp hntrn ni x spttny la tggi sgt….ptt la byk sgt maksiat kt m’sia ni…

  2. aima says:

    siti ke irwan ni?

    trend itu x wajib ikut terpulang pada pasangan….sedarlah kemampuan diri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s