Syaitan Bermesyuarat

Dgn nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam di atas junjungan mulia Nb Muhammad saw, para sahabat, syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci… insyaAllah. Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi bersama…moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) …

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, “Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.” “Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.”

“Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah,” kata Syaitan: “lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari.”

“Bagaimana caranya?” jerit para iblis.

“Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,” jawabnya “pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 – 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu.”

“Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja.”

“Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah.”

“Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu.”

“Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka.”

“Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas.”

“Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya.”

“Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang.”

“Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!

This entry was posted in Artikel.

One comment on “Syaitan Bermesyuarat

  1. jaffrizaini says:

    hmm … kalau sibuk tulis blog camna pulak ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s