April Fool rai kejatuhan Islam

SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.

Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang, `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.

Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.

Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.

Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Malah, mengikut e-mel yang diterima penulis, seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak.

Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’.

Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam.

Berapa ramaikah antara kita menyedari kita sebenarnya baru memasuki tahun Islam yang baru pada 15 Mac lalu. Kita kini di tahun 1423 Hijrah!

This entry was posted in Agama.

10 comments on “April Fool rai kejatuhan Islam

  1. arisa says:

    uh sori ya. ym tadi dc. tah pepe. tetiba je.sori

  2. irwan007 says:

    ok ok…ade msa bca myblog k

  3. jeff says:

    bagus ko siarkan cerita april fool ni

    p.s : haa irwan .. ko mengurat ye

  4. Abdul Rahim says:

    Sepatutnya kuliah agama mestilah membincangkan tajuk ini

  5. nuyul says:

    i’ve just noticed bout this matter.. thanks 4 the info.

  6. hasan says:

    salam,sungguh baik sekali sejarah mengenai islam disebarkan.mudah2an terbuka mata hati mereka yg memusuhi islam.yg memfitnahkan islam dan yg lain2.teruskan sebarkan!

  7. Hani says:

    Thx wat artcle ni…tp,,wat tpu skit2 p0wn x leyh ke?

  8. hunny says:

    saya nak tanya, cerita ni dapat dari mana?

  9. Feroz says:

    nak copy nie…harap d’halalkan….: )

  10. ada says:

    nak copy nie bleh..?? i will cr it to you :))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s