Antara punca masaalah masyarakat kini- PERNIKAHAN

        •  Perkahwinan  seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant  luar  nikah, cepat cepat  kahwinkan.

           Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu  kelak  hidup dalam zina sampai bila-bila… .

           Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan

           lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini kerana ianya amat penting:

           Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

           Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

           Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

          Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

           Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

           Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

           Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

           Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

           Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

           Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

           Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

           Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk

           menuntut apa-apa daripada ayahnya.

           Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

           Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

           Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau

           bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang

           sewajarnya?

           Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

           Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

           Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

           Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

           mafhumnya:

           Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,

           hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s