KiSaH sEoRaNg LeLaKi dEnGaN sEoRaNg GaDiS

Pada suatu hari Shahrul pergi ke Teluk
Intan dan Ingin menaiki bas ke Bagan
Datoh untuk pergi ke rumah kawannya.
Hari itu merupakan hari pertama
Shahrul menjejakkan kakinya di Teluk
Intan dan dia langsung tidak tahu bas
mana yang perlu dinaiki untuk pergi ke
Bagan Datoh pula. Shahrul merupakan
seorang lelaki yang kacak dan sempurna
sifat fizikalnya, tetapi Shahrul
adalah seorang lelaki yang sengau.
Oleh kerana Shahrul tidak tahu bas
untuk pergi ke Bagan Datoh, lalu
Shahrul pun berjumpa dengan seorang
gadis cantik yang kebetulannya ingin
menaiki bas di perhentian bas
tersebut. Sebenarnya gadis tersebut
juga akan menaiki bas yang akan
Shahrul naiki. Maka bermulalah dialog
antara mereka berdua:

Shahrul : “Saudari tumpang tanya,
kalau nak ke Bagan Datoh naik bas yang
mana satu?” (Dengan suara sengaunya)

Gadis tersebut : “Emmmmmm…”
(Tersenyum-senyum memandang Shahrul)

Shahrul : “Maafkan saya bertanya, Bas
nak ke Bagan Datoh yang mana satu? ”
(Dengan suara sengaunya)

Gadis Tersebut : (Masih tersenyum-
senyum memandang Shahrul)

Shahrul: “Kau menghina aku yer???..
Tak per….. Suatu masa nanti engkau
tahu Tuhan akan membalasnya… Bentak
Shahrul dengan suara sengaunya kerana
begitu marah kepada gadis tersebut
yang tersenyum-senyum memandang
kearahnya apabila dia bertanya. Dan
kemudian dia berlalu untuk bertanya
kepada orang lain.

Rupa-rupanya gelagat gadis tersebut
telah diperhatikan oleh seorang mak
cik yang tidak jauh dari situ.
Timbullah ketidakpuasan hatinya lantas
bertemu gadis tersebut untuk
bertanyakan perkara yang sebenar.

Mak cik tersebut : “Anak, kenapa anak
tidak menjawab pertanyan anak muda itu
tadi, Dan tersenyum-senyum
memandangnya, Bukankah Itu perkara
berdosa?”

Apakah agaknya jawapan yang diberikan
oleh gadis itu pada tanggapan anda ?

Gadis tersebut menjawab: “mak cik
lebih baik saya tidak menjawabnya
daripada menjawab pertanyaan anak muda
itu, kerana saya kuathir ia akan
berfikir saya cuba menyindirnya kerana
saya juga adalah sengau sepertinya”
kata gadis tersebut DENGAN SUARA
SENGAUNYA……………

# Jangan kita mudah membuat tanggapan
pada sesuatu perkara tanpa usul
periksa yang jitu.

One comment on “KiSaH sEoRaNg LeLaKi dEnGaN sEoRaNg GaDiS

  1. sOlehAh aiRull says:

    len kali percaye kat diri sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s