Kejadian lawak di awal pengenalan Komputer

Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.
Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :
Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)

Surat Untuk Abang VS Surat Untuk Ayang

Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kekampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini…

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam…

abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..

jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak..

pesanan ayang.. :-

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang

—————————————

dear ayang,

bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..

abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja…lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..

nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer ..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital..

abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana….tgk laa sendiri gambar tu..

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

BERSENAMLAH NTUK KESIHATAN ANDA

Sesuai untuk kau yang sedang mengantuk atau tertekan di pejabat.
Lakukan dalam masa 7 minit sahaja.
Selamat mencuba :p

1) Senaman ala taichi, sebagai warming up.
Image Hosted by ImageShack.us
2) Untuk melegakan bahu dan leher.
Image Hosted by ImageShack.us
3) Waa waa waa..
Image Hosted by ImageShack.us
4) Gerak ke kanan, kemudian ke kiri.
Image Hosted by ImageShack.us
5) Gerak ke kiri, kemudian ke kanan.
Image Hosted by ImageShack.us
6) Ikut je. Jangan terpusing kepala sudah..
Image Hosted by ImageShack.us
7) Tepuk kuat-kuat di dahi. Erk!
Image Hosted by ImageShack.us
8) Buat gerakan tangan dan badan. Buat macam happy aje..
Image Hosted by ImageShack.us
9) Kemudian goyang-goyang kaki dan badan sikit. Buat macam tiada masalah.
Image Hosted by ImageShack.us
10) Buat secara aggresive pula. Jangan peduli apa orang lain kata.
Image Hosted by ImageShack.us
11) Hilangkan semua stress.
Image Hosted by ImageShack.us
12) Pusingkan kepala.
Image Hosted by ImageShack.us
13) Tengok muka di cermin sambil goyang-goyang. Lawa tak?
Image Hosted by ImageShack.us
14) Akhir sekali, buat joget kucing.
Image Hosted by ImageShack.us
Haa, hilang tak tekanan tu semua? Hehehe ;)

KiSaH sEoRaNg LeLaKi dEnGaN sEoRaNg GaDiS

Pada suatu hari Shahrul pergi ke Teluk
Intan dan Ingin menaiki bas ke Bagan
Datoh untuk pergi ke rumah kawannya.
Hari itu merupakan hari pertama
Shahrul menjejakkan kakinya di Teluk
Intan dan dia langsung tidak tahu bas
mana yang perlu dinaiki untuk pergi ke
Bagan Datoh pula. Shahrul merupakan
seorang lelaki yang kacak dan sempurna
sifat fizikalnya, tetapi Shahrul
adalah seorang lelaki yang sengau.
Oleh kerana Shahrul tidak tahu bas
untuk pergi ke Bagan Datoh, lalu
Shahrul pun berjumpa dengan seorang
gadis cantik yang kebetulannya ingin
menaiki bas di perhentian bas
tersebut. Sebenarnya gadis tersebut
juga akan menaiki bas yang akan
Shahrul naiki. Maka bermulalah dialog
antara mereka berdua:

Shahrul : “Saudari tumpang tanya,
kalau nak ke Bagan Datoh naik bas yang
mana satu?” (Dengan suara sengaunya)

Gadis tersebut : “Emmmmmm…”
(Tersenyum-senyum memandang Shahrul)

Shahrul : “Maafkan saya bertanya, Bas
nak ke Bagan Datoh yang mana satu? ”
(Dengan suara sengaunya)

Gadis Tersebut : (Masih tersenyum-
senyum memandang Shahrul)

Shahrul: “Kau menghina aku yer???..
Tak per….. Suatu masa nanti engkau
tahu Tuhan akan membalasnya… Bentak
Shahrul dengan suara sengaunya kerana
begitu marah kepada gadis tersebut
yang tersenyum-senyum memandang
kearahnya apabila dia bertanya. Dan
kemudian dia berlalu untuk bertanya
kepada orang lain.

Rupa-rupanya gelagat gadis tersebut
telah diperhatikan oleh seorang mak
cik yang tidak jauh dari situ.
Timbullah ketidakpuasan hatinya lantas
bertemu gadis tersebut untuk
bertanyakan perkara yang sebenar.

Mak cik tersebut : “Anak, kenapa anak
tidak menjawab pertanyan anak muda itu
tadi, Dan tersenyum-senyum
memandangnya, Bukankah Itu perkara
berdosa?”

Apakah agaknya jawapan yang diberikan
oleh gadis itu pada tanggapan anda ?

Gadis tersebut menjawab: “mak cik
lebih baik saya tidak menjawabnya
daripada menjawab pertanyaan anak muda
itu, kerana saya kuathir ia akan
berfikir saya cuba menyindirnya kerana
saya juga adalah sengau sepertinya”
kata gadis tersebut DENGAN SUARA
SENGAUNYA……………

# Jangan kita mudah membuat tanggapan
pada sesuatu perkara tanpa usul
periksa yang jitu.

Sejarah Melaka

1908 > alfonso de la boorg meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk

meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdangan asia tenggara

kitika itu) dan juga laluan penting perdagagan timur barat raja

portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji

kapal, 15300 ( anngaran) bala tentera

1909> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan kekuatan

pertahanan disana

Oct 1910> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5

pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan

hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan

melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar

tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu

dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir

kecewa dan putus asa…

1912> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke

kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula

rantau ini,…

feb 1912 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk

mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut

sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk

mendapat segala maklumat yang diperlukan…

Semiggu selepas FEB 1912> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil

risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang

selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan ( sabil bertabik)

al fonso > selamat pagi

Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan

pulau pinang

al fonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan

bongkak)

Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang

tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilagan

hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang

mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3 > Betoi tu tuan…antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa

khabar, hang lagu man,hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu

,bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat

sana …..

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan

pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu

melaka amat ngeri……ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat

kedah dan pulau pinang

Jom nyanyi lagu ni ikut rentak lagu “MY HEART”, dendangan Irwansyah & Acha Septriasa..

Di sini kau dan aku
terpaksa bayar tol
menjalani kasih sayang
wa sayang lu, Samy Vellu…

Pernahkah lu pikir
hari tanpa tol plaza
lu suka buat rakyat derita
tapi lu kaut semua

Bila kita semua takyah bayar tol
mungkinkah bila lu sudah takda
tapi tak mungkin
tak akan pernah
Samy Vellu takkan mengalah…

We love Samy Vellu so much you know
He suka suka naik itu toll price
We must pay the toll
even the price is high
Samy Vellu will always in my heart…

Hebat ker?

Photobucket - Video and Image Hosting

Ader dua orang budak, diorang ni baru jer balik dari sekolah. Habit kedua² budak ni ialah selalu bercerita tentang kehebatan bapak² memasing. Suatu hari, salah sorang dari budak ini berkata kepada rakannya… “Kau tau tak Terusan Suez?” Dan rakannya menjawab, “Ha, kenapa dengannya?” Rakannya sambung, “Ayah akulah yang mengoreknya!” Kawannya menjawab, “Alah, kecik jer tu, bapak aku lagi terer. Kau pernah dengar Laut Mati?” Tanya rakannya. Rakannya jawab, “Apahal pulak?” Rakannya menjawab dengan penuh bangga, “Ayah aku la yang bunuh!”

Memujuk AWEK Merajuk?

Photobucket - Video and Image Hosting

Tengah syok² “ngedate” tiba² awek korang buat muka empat belas, muncung dier dah panjang sejengkal, bijik mata dier jeling sana jeling sini tapi tak pulak pandang kat korang. Pendek kata awek korang tu dah merajuk ler.. Tau ker korang camner nak “mengayat” mood awek korang kepada keadaan asal balik? Kalo tak tau, korang baca ler tip kat bawah neih.. Huhu!

♀ SENYUM > sebelum merajuk mesti start gadoh² dulu kan? So, time dier tengah marah tu korang buat selamber jer senyum. Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. Nescaya awek korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu.

♀ BUAT LAWAK > Hah! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis awek korang tu dulu. Jangan main rembat ajer. Tak pasal² bertelur dahi korang. Kalau menjadi, silap² awek korang yang merajuk tu terkekeh² ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.

♀ BELI HADIAH > Buat korang yang berkemampuan boleh ler cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidam²kan oleh awek korang yang tengah merajuk tu. Kompem terus tersengeh dier bila tengok korang hadiahkan dier BMW 7 series. Ahaks!

♀ HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS > Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dier tengah merajuk. Agak dier dah cool sikit, korang ambik enpon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/mms/voice sms korang tu.

♀ BUAT BODOH > Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler try tip ni. Bila awek korang tu marah, korang buat bodoh, bila awek korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. Kompem awek korang tu fed up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dier. Heheh!

♀ MERAJUK BALIK > Tip ni paling berkesan dalam memujuk awek yang suka merajuk. Nak tau sebab apa? Sebab bila korang pulak merajuk dah tentu ler dier pulak kena pujuk korang.. Tapi kalo dier pulak pakai tip “buat bodoh” kat atas ni, dak Qis tak bertanggungjawab.. Huahuahuahua! =þ