Mesej atau Perkataan Biasa Didengar

Berikut adalah mesej2 yg biasa didengar jika ada kenaikan atau cadangan kenaikan barang2 atau keperluan asas, sila biasakan:

1) Kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat, kami akan memastikan rakyat yg susah tidak terbeban + melihat dari kalangan kami mmg tidak membebankan

2) Kenaikan ini dapat mendidik rakyat supaya lebih berjimat cermat dan tidak membazir + memandangkan kami mmg tidak suka membazir, kerana segala perbelanjaan asas kami adalah dtanggung kerajaan

3) Kita tidak dapat mengelak dgn kadar kenaikan ini, lagipun jumlah nye adalah kecil, dan jika dibandingkan dgn negara lain, kita masih terendah

4) Kami memberi jaminan bahawa harga gula tidak akan naik + dalam masa terdekat paling kuat naik, 2-3 bulan selepas itu

5) Kami akan pastikan harga petrol tidak akan naik pada tahun ini + kerana tahun depan pasti naik.

6) Kadar tol tidak akan dinaikkan seperti yang diminta oleh konsesi sbyk 50 sen + kami akan hanya beri kenaikan 30 sen sahaja

7) Tarif air dan elektrik yang dinaikkan adalah munasabah dan berpatutan kerana rakyat tidak akan terjejas dgn kenaikan kecil ini. Jika dahulu rakyat bayar 10 ringgit, selepas kenaikan hanya 11 ringgit sahaja perlu dibayar + tapi kami tidak pasti berapa kenaikan barang2 lain disebabkan kenaikan ini

8) Apa ada pada 10sen, beli rokok pun tak boleh, Sammy Vellu berkata

dan beberapa lagi kenaikan yang lain..tak ingat semua

Tips atau Hint:

Jika ada berita yg kata barang ni nak naik, lepas tu diorang bg jaminan takkan naik, jgnla harap takkan naik…berdasarkan pengalaman lepas…..gerenti naik .paling cepat …catatan masa terpantas selepas bermain dgn isu kenaikan adalah 2 minggu….hehehe

Penduduk Klang Valley lah penduduk yang paling malang sekali…air banjir naik and macam2 lagi yang naik….lepas ni air lak naik ..SYABASSSS

4 comments on “Mesej atau Perkataan Biasa Didengar

  1. faridine zidane says:

    cakap tak serupa bikin……nak naik cepat je…nak turun ntah bila..?
    tau perut sendiri…..biar dia….jangan bagi UNDI org mcm ni….

  2. rockbebeh says:

    Bagaimana menjadi pemimpin?
    ( 5 langkah untuk menjadi seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., yang baik..sumber hamka..)

    A long time ago, Seorang dari parti X datang padaku dengan riang gembiranya dek kerana partinya telah menang pilihan raya..

    Kita dah menang, kita dah menang..!!!

    Jerit beliau menzahirkan kegembiraan.

    Aku kata: (kita?) Tahniah kerana dah menang, sekarang apa yang kau nak buat?

    Dia lantas menjawab: Kami akan memerintah..!!!

    Aku pulak bertanya: Nak perintah macam mana?

    Dia lalu berkata: Perintah macam kami nak perintahlah..

    Aku terus bertanya: Apa yang kau nak perintahkan?

    Dia kata: perintah cara islam, mula mula kami akan hapuskan tol, lepas tu hapuskan cukai pintu, lepas tu kami akan islamkan system barat, islamkan bank, islamkan kreadit card, islamkan astro, islamkan rap, rock, pop, kami akan islamkan zoo, islamkan konsert, islamkan jomheboh islamkan rancangan TV bla bla bla ..

    Aku yang jahil ugama ketika itu berkata: Semoga Allah redha kepadamu dan selamat berjaya…

    5 tahun kemudian, parti X tu telah kalah balik dalam pilihan raya dan aku berkesempatan bertemu dengannya, tiada kata-kata di bibirnya, diam seratus bahasa.

    Aku bertanya dengan sopan: Di mana silapnya pemerintahan kamu, sehingga rakyat berpaling tadah?

    Dia menjawab dengan nada marah: Kami tidak silap!, kami tak pernah silap!, nyatanya kami telah di tipu, mereka beli pengundi hantu, mereka rasuah SPR, SRP, PMR, , bla bla bla…( biarkan mereka merepek.. bukan nak cakap kat mana mana parti…. Tapi rujuk article sebelum ni kamu pasti faham… dan Allah sentiasa akan menolong jika tujuan yang benar..)

    Itu adalah sebuah cerita sedih seorang pengikut setia parti X…, bagi aku sikap menyalahkan orang lain dan sentiasa menunding jari atau perasan bagus adalah TIDAK layak menjadi pemimpin, tak layak sama sekali!!!

    Hampir 5 tahun kemudian, iaitu hari ini, aku dengan gigihnya menulis sebuah entry berbentuk nasihat percuma yang aku tujukan khas kepada mereka yang sedang memimpin, atau yang baru nak jadi pemimpin, atau kepada yang baru berjinak jinak dengan dunia pucuk pempinan dan mungkin kepada mereka yang sedang bertunas kepimpinanya dan tak lupa kepada korang yang sedang mengukuhkan cita cita nak jadi pemimpin yang cermelang, gemilang dan terbilang…

    Maka hari ini, jika korang tak sibuk dan free luar biasa, jemputlah mendengarkan kata kata dari encik keretamayat ini akan bagaimanakah caranya yang paling berkesan jika nak jadi seorang pemimpin yang berjaya, tak kira ler korang seorang Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Kampong, Pengurus Kilang, Manager Bank, pengarah syarikat, penerbit filem, supervisor, pengsyarah, ketua kerani, atau seorang ketua keluarga, malahan ketua pengakap pun boleh.., marilah belajar bersama dengan aku seorang insan kecil yang telah buat kajian daripada sejarah akan bagaimanah CARA CARA MENJADI PEMIMPIN YANG CERMALANG, GEMILANG DAN TERBILANG. (insyaAllah)

    (Kena baca dengan nada patriotic, baru terasa aura dia..he he he)

    Maka tuan tuan dan sidang hadirin sekalian, straight to the point, maka aku telah dapati bahawa ada 5 cara yang boleh korang amalkan untuk menjadi pemimpin yang sejati yang akan di laksanakan di bawah sistem pentadbiran korang, yang mana jika korang seorang Menteri dan amalkan 5 langkah ini maka insyAllah Negara akan Cermelang, jika korang seorang Pengurus, insyAllah Syarikat akan maju, jika korang seorang Pengetua, insyAllah Sekolah akan berketrampilan dan kampong akan berjaya, kampong korang akan ada jentera dan kereta proton saga, tak lupa juga jika korang seorang ayah, insyAllah keluarga pulak akan bahagia, maka wahai seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri, kalau korang betul betul nak jadi pemimpin yang sejati kena sabar baca entry yang agak merepek dan lintang pukang tapi ada sinar bahagia di dalamnya, woha!!

    Langkah Pertama menjadi seorang pemimpin yang cemerlang

    Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan bahawa, pada suatu hari, ketika mereka berdua sedang meronda dari pintu ke pintu, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang di nyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa? Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak;..

    Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang di pikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh khalifah dengan soalan: “Adakah kau nak pikul dosa aku kat akhirat kelak?.”

    Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina Umar memasak sambil menuip bara api, “aku lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.

    Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam, ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:
    “Tadi aku telah lihat mereka manangis, sekarang aku lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”

    OK, tamat cerita itu kat situ, itu hanyalah sebuah episode “bersamamu” yang mana si miskin di temui oleh pemimpin dan di bantu juga oleh pemimpin.., ada riwayat menyatakan jika jiran kita lapar dan kita sengaja membiarkan jiran kita lapar, maka kita akan berdosa dan akan di azab oleh Allah kerana sengaja pentingkan diri sendiri..

    Dan seorang pemimpin yang ada Baitul Mal, atau DANA bantuan kemiskinan, sangat perlu MENUNAIKAH HAK orang miskin terutama rakyat jelata yang berada di bawah jajahan perintahnya,
    Seorang ayah yang sengaja tak ambil peduli kelaparan anak isteri akan di azab oleh Allah..
    Seorang manager yang sengaja tak ambil peduli kelaparan pekerjanya akan di azab oleh Allah..
    Seorang cikgu yang sengaja tak ambil peduli kelaparan pelajarnya akan di azab oleh Allah..
    Seorang Perdana Menteri yang sengaja tak ambil peduli kelaparan rakyatnya akan di azab oleh Allah..

    Tak kan lah nak tunggu tv3 terbit rangcangan ‘bersamamu’ baru nak perihatin, , bukankah yang lapar itu berada di bawah jajahan Menteri besar masing masing? Sedangkan orang yang bukan pemimpin seperti aku pun Nabi wajibkan supaya prihatin terhadap 40 jiran kiri kanan, apatah lagi pemimpin?? Kemiskinan tak boleh di hapuskan melalui kemajuan, semakin maju Negara itu semakin besar jurang dan kasta, tapi kemiskinan boleh di hapuskan bila Pemimpin tunaikah HAK kemiskinan, dan di Bantu oleh rakyat yang mampu sama..InsyAllah.

    Pesan kat aku dan korang:
    Tahukah korang? Apabila korang mampu beli DVD RM 10, mampu beli gadget itu ini, mampu beli pasu bunga dan lain lain, maka ketahuilah, at the same time, ada orang yang sedang lapar kebulur tak makan, bukankah itu tandanya wajib kita bayar zakat?

    Dan tugas pemimpinlah untuk agihkan ZAKAT, dan tugas rakyatlah untuk Bantu Pemimpin membantu rakyat yang miskin, ok, check jiran kita sekarang, adakah mereka sedang berlapar?

    Chek anak bini kita, pekerja kita, pelajar kita dan rakyat kita, adakah mereka sedang berlapar?

    Bab makan jangan main main, bila masuk bab cari makan, anak akan sanggup abaikan mak bapak, anak murid membenci cikgu, pekerja tunjuk perasan dan rakyat memberontak..

    Tahniah kepada majikan yang sediakan elaun makan, atau makan tengahari percuma (kilang aku dulu) atau bagi kupon, dan termasuk dalam tugas utama kerajaan untuk memainkan peranan bagi memastikan rakyat TIDAK LAPAR dan juga satu lagi perkara yang amat penting, dalam bab makan-makan adalah HALAL..
    Pemimpin kena sangat pastikan rakyat mereka mendapat bekalan makanan yang HALAL..
    Sangat perlu.., kerana bila makanan haram, doa tak makbul, ummat menderita dan takut bila jadi mayat kelak masuk neraka..naduzubillah.

    So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab makan-makan ni, boleh insyAllah?

    Langkah kedua menjadi seorang pemimpin yang gemilang

    Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar khemah dan ada suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah kewangan..

    Saidinar Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy..

    Ok, aku tak payah cerita detail, Cuma aku nak cerita akan kecirian pemimpin yang ke dua iaitu:

    MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!!!

    Mesti menyediakan bantuan perubatan tak kira walau di mana rakyat berada..

    Dan aku puji sedikit dengan system perubatan di Malaysia kerana di laporkan, Malaysia adalah antara Negara yang sangat murah kos perubatanya iaitu hanya RM satu!!!, Cuma bila ada special kes melibatkan sakit yang menelan kos yang besar seperti barah, jantung berlubang dan sebagainya, dana untuk perubatan tersebut agak lembab untuk di agihkan dan macam dah jadi budaya iaitu pesakit kena glamer dulu, nak kena masuk akbar, TV, radio, bersamamu, baru lah sama sama pakat bantu…, nampaknya kena tambah TV 10 khas untuk special kes..oh!

    Tahniah kepada majikan yang sediakan klinik di tempat kerja, atau kotak first aid atau sediakan klinik panel, dan termasuk dalam tugas utama kerajaan untuk memainkan peranan bagi memastikan rakyat mendapat SAFETY FIRST!!

    Safety first adalah sunnah nabi SAW..

    So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab kesihatan ni, boleh insyAllah?

    Nota untuk adik adik kita yang sedang belajar: Malaysia kekurangan doctor yang agak serius, terutamanya doctor hati nurani…, selamat belajar!!

    Langkah ketiga menjadi seorang pemimpin yang terbilang

    Hanzalah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui oleh beliau, terutamnay tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada hanzalah r.a iatu: Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik oleh beliau?, Hanzalah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi Hanzalah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.

    Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah, maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
    Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam, dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!!!

    Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak
    MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!!!
    So, jika korang seorang Ketua Menteri, korang kena pastikan wakil rakyat korang tak miss solat berjemaah, kalau tak rosak rakyat nanti..huh! ada benarnya Wakil rakyat yang tak datang solat jemaah mungkin tertidur kerana sibuk bertahajud…, so pemimpin kena pastikan betul ke solat tahajjud atau benda lain?, kena check.., ini tugas pemimpin, dan saidina Umar sendiri tidak teragak agak untuk memecat Wakil Rakyat beliau bila ada rakyat mengadu, malahan beliau pernah memecat ketua perang dalam medan pertempuran. (rujuk sejarah)
    Dan yang kena pecat relaks sajer, takdelah nak tunjuk perasaan nak bantah ke apa walaupun zaman tu takde ISA, sebab diorang bertugas kerana Allah, dan sangat takut dengan soalan tentang pucuk pimpinan di akhirat kelak, maka bila di pecat, ok lah tu..

    Bila ada orang munafik yang suruh panglima perang yang di lucutkan jawatan ini buat bantahan, maka kata panglima perang, aku bekerja kerana Allah, bukan kerana Umar. Dan aku akan taat perintah pemimpin kerana itu adalah perintah dari Allah supaya taat kepada pemimpin… (rujuk sejarah)

    Kredit untuk Pak Lah di awal pemerintahan dulu bila menggalakkan Menteri Besarnya menjadi Iman di masjid, tapi dah lama tak follow up, apa cerita?, atau aku yang terlepas cerita menarik ini kerana perasan sibuk ..oh!

    Tahniah kepada majikan dan sekolah yang sediakan tempat bersolat dan menggalakan pekerjanya bersolat jemaah (kat tempat aku kerja ler ni), dan termasuk dalam tugas utama kerajaan untuk memainkan peranan bagi memastikan rakyat dan Wakli rakyat bersolat jemaah..

    Kempen TAK NAK tinggal solat jemaah boleh juga di buat..

    So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab solat berjemaah ni, boleh insyAllah?

    Langkah keempat menjadi seorang pemimpin yang bergemerlapan

    Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a buat ziarah dari pintu ke pintu, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh sedih, memberahikan dan ada unsur kelucahan yang melampau, wanita itu sedang bersyair lebih kurang maksud, “jika suami ku ada, maka akan meriahlah katil ini dengan macam macam bunyi”,- wah wah wah!!
    Maka Saidina Umar RA telah hantar anak perempuannya untuk ziarah wanita tadi dan tanya apakan problem sebenar dia? Lain macam jer bunyi nya..Rupa-rupanya wanita itu sedang ketagih seks kerana suaminya sedang berjihad di jalan Allah dah lama sangat, tapi masih tak pulang-pulang, lalu bertanyalah umar RA kepada anaknya, akan berapa lamakah kadar seorang perempuan beriman boleh tahan tak bersetubuh?Anaknya malu malu angkat empat jari..

    Empat minit?
    Empat hari?
    Empat minggu?

    Akhirnya dengan malu malu perempuan, anaknya bagitahu :

    Paling lama pun wanita beriman boleh tahan tak bersetubuh adalah 4 bulan…

    Maka bila muayarat di buat akhirnya saidina UMAR RA keluarkan perintah bahawa semua pendakwah islam dan pejuang islam kena balik ‘bayar bil air’ jika dah keluar lebih dari 4 bulan, tapi jika isteri dia tak kesah, jenis bertaqwa, lantaklah, kerana ada isteri yang faham bahawa jika suami pulang dia sorang jer dapat manafaat, tapi jika suami keluar berdakwah, maka ribu ribu ummat akan mendapat menafaat, kerana itulah isteri-isteri sahabat RA rela suaminya tak balik terus (syahid) kerana Allah lantaran si isteri faham benar darjat bagi seorang isteri syuhada di akhirat kelak …

    So untuk kita semua, jangan tinggalkan isteri lebih dari 4 bulan , kecuali isteri korang iman macam Khatijah RA yang nabi selalu tunggalkan dia ketika bermunajat di gua hiraq, macam juga Hajar isteri nabi ibrahim a.s, 10 tahun kena tinggal kat mekkah, selamba jer, juga macam isteri nabi musa a.s yang kena tinggal di kaki bukit tursina dan pendek kata, macam semua isteri ambiyak dan sahabat r.a… wallahu’lam

    Moral cerita ini adalah SETIAP PEMIMPIN kena sangat tunaikah HAK wanita.., jika suami askar bertugas di sempadan, 4 bulan cukuplah, biarlah suami mereka yang telah meleleh air kepala pulang ke tanah air bayar bil air.., begitu jugak suami isteri yang duduk berjauhan kerana tugas, seorang kat perils, seorang kat sabah, elok sangatlah tu macam lagu, “dari perils sampailah ke sabah, kita sudah berjaya”.., berjaya apanya, nak mintak tukar posting, banyak sangat ragamnya, itulah inilah, ini HAK wanita, kesian mereka, Pemimpin kena ambik tanggung jawab sama..

    Ada yang baru kahwin dah kena BTN 4 bulan, tak ke haru?

    Itu baru bab seks, masalah lain para wanita adalah komitmen, nak kena masak, nak kena menyusu, so jika korang seorang bos maka korang kenalah bertolak angsur dengan pekerja wanita, bagi balik awal sikit, bagi cuti bersalin lama-lama, buat pusat asuhan kat pejabat, dan nak tak nak kerajaan kena campur tangan bagi perlindungan untuk wanita, kalau boleh kerja yang lelaki boleh buat, wanita tak payahlah buat, makin ramai lelaki yang menganggur nanti, susah nak cari bini, balik balik perempuan jugak yang susah, terpaksa jadi anak dara tua, dan bila permpuan tu berkerja, maka pemimpin kena pastikan hak aurat dia(bertudung), hak solat dia (awal waktu) dan hak akhlak dia (pergaulan) di jaga rapi, kerajaan kena main peranan, kena sangat..!!

    Panjang bila nak hurai bab tentang hak wanita ni, terutanya wanita muslim, lain kali ada masa dan izin Allah aku sambung..

    So, seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri.., kena sangat komitmen dalam bab HAK wanita, boleh insyAllah?

    Langkah kelima menjadi seorang pemimpin yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang..

    Satu cerita last tentang Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:
    “Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan air.”
    Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam melarang mencampurkan susu dengan air.”
    Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan air kerana Saidina Umar tak nampak..”
    Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah nampak wahai ibuku!

    Saidina Umar tersenyum mendengar perbualan itu dan rasa best kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat, sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

    Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan, saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa, tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?

    So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang baik dan sempurna…

    Jika korang lihat sejarah tamadun manusia, sebagai contoh dalam pembinaan tembok besar cina, tiada seorang Nabipun yang terlibat, begitu jugak dengan pembinaan Taj Mahal, Menara condong, KLCC, komplek sukan, litar lumba, atau senjata nuclear, tiada langsung walaupun seorang Nabi yang yang Allah hantar untuk bantu manusia buat usaha untuk majukan dunia, TIADA!!! tapi kesemua 124 ribu para Nabi dan rasul di hantar oleh Allah untuk buat usaha atas iman-iman manusia..

    So, sekarang Nabi dah takde kerana tugas kenabian telah di wariskan kepada Ummat Muhammad SAW..

    Dan korang duhai para pemimpin sekalian, dah tentu amat sangat kena main peranan besar dan bertanggung jawab dalam kerja kerja menyeru rakyat beriman kepada Allah..WAJIB!!!

    Iman adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah..
    Dan orang islam mulia di sisi Allah kerana Iman.

    Iman satu perkara yang sangat berharga kerana seorang yang jadi mayat tanpa iman, maka akan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya tanpa jadi mayat.

    Namun seorang yang berjumpa dengan Allah kelak, dan hanya membawa Iman sebesar zarah, maka nescaya Allah akan menukar dengan Shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia.

    Iman sangat di perlukan bila tiba waktu nak jadi mayat, bahkan siapa yang ucapkan kalimah iman sejurus sebelum menghebuskan nafas yang terakhir, maka SHURGA wajib untuknya…, ada riwayat menyatakan siapa yang akhir kalam dapat ucap kalimah IMAN maka azab neraka di HARAMKAN untuknya!!!

    Iman sangat penting, sehinggakan dalam kubur perkara pertama yang akan di soal oleh malaikat yang mana jika tak dapat nak jawab kena azab adalah IMAN…

    Di padang masyar kalimah IMAN akan memberatkan Timbangan Kebaikkan..

    Di titian Sirat, Iman akan mencahayakan dan memudahkan perjalan meniti titian perjalanan..

    Dan nilai shurga adalah IMAN!!!

    Dan siapa yang masuk neraka dan pernah ucap kalimah IMAN maka pasti akan di keluarkan oleh Allah..

    Sahabat buat usaha atas IMAN selama 13 tahun di mekah, dan Nabi Muhammad SAW adalah GURU IMAN yang terbaik, dan sahabat sahabat baginda adalah MURID IMAN yang terbaik,

    Dan KHALIFAH IMAN yang terbaik adalah saidina Abu Bakar , saidina Umar dan lain lain..

    Saidina Umar yang di lahirkan pada 586 masihi dan memerintah dunia selama 10 tahun, adalah PEMIMPIN IMAN yang paling besar jajahan takluknya dan telah berjaya mengislamkan ribu ribu ummat manusia…, jadi wahai seorang ayah, manager atau pemimpin umat islam hari ini, di mana korang? Berapa ramai yang dah masuk islam di bawah jajahan tuan? Murtad lagi ada? Kenapa ini berlaku?, benar!! kerana SUASANA IMAN tidak terbentuk di tempat kerja, di hospital, di rumah , di kampong dan Negara, sehingga dalam masjidpun ada orang bergaduh..oh!

    Sekiranya korang undi aku jadi pemimpin Malaysia..(huh! ada hati tu! Sebenarnya aku tak layak dan aku tak nak, aku just cakap, sekiranya.., atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala sosial..)Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…

    Hari ini balai bomba dah hidup 24 jam maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

    Dan bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..
    Dan bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

    Tapi bila masjid tak hidup 24 jam TAK macam di zaman saidina Umar, apa dah jadi sekarang?, tiada suasana IMAN yang membuatkan Menteri besar jadi gila dunia, rasuah di sini sana, Hakim boleh di beli, remaja wanita buang anak macam buang tuala wanita, berzina di dalam masjid, merompak sambil merogol, hina Nabi, ajaran sesat dan termasuk gejala murtad!!!
    Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa peranan pemimpin jika hospital gagal beroperasi 24 jam dek lantaran sikap pemimpin tak prihatin?
    (alhamdulillah, kat Malaysia semua hospital hidup 24 jam)

    Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa peranan pemimpin jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam dek lantaran sikap pemimpin tak prihatin?
    (alhamdulillah, kat Malaysia semua balai polis hidup 24 jam)

    Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak check ELCB dia, tapi apa peranan pemimpin jika bomba gagal beroperasi 24 jam dek lantaran sikap pemimpin tak prihatin?
    (alhamdulillah, kat Malaysia semua balai bomba hidup 24 jam)

    Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz dan ulamak tak bersedia nak bertugas lebih masa dan apa peranan pemimpin dalam hal ini???

    (naduzubillah, kat Malaysia bilangan masjid yang hidup 24 jam boleh di kira dengan jari kuku kambing!)

    Agaknya ulamak, mufti dan ustaz kat Malaysia ni tunggu elaun iktikaf kot.. (aku bersangka buruk..oh)

    Namun demikian, wahai ustaz mufti dan ulamak, juga yang bukan ustaz, tak payah tunggu elaun dari kerajaan atau perintah dari Pak Lah untuk beriktikaf di masjid, buat sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Pak Lah, pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah menurut PAS dan islam hadari menurut UMNO!!!, InsyaAllah!!
    Berbalik kepada pendidikan IMAN di kalangan rakyat, pekerja, anak murid, dan anak bini maka aku nak cerita sikit lagi..

    Memang benar orang yang lapar atau sakit kena tawajuh dan berdoa kepada Allah, nabi SAW sendiri perintahkan anaknya siti fatimah r.aha yang lapar supaya bertasbih, berzikir dan solat hajat bila lapar atau susah, dan begitu juga nasihat nabi kepada rakyatnya.., kerana ini adalah pendidikan IMAN, 13 tahun nabi ajar perkara ni kat mekah..

    WALAUBAGAIMANAPUN

    Bila saje nabi ada peluang untuk membantu, maka Nabi akan segera membantu ummat dalam bentuk makanan, harta atau ubat-ubatan, sebagai contoh tak kala Nabi SAW dan saidina Umar serta Abu Bakar RA di jemput makan di rumah abu ayub rA yang telah menyembelih seekor anak kambing, maka nabi perintahkan agar di hantar sebahagian makanan kepada anaknya fatimah r.aha kerana dah 2 ,3 hari tak makan, so nampak?

    Siti fatimah boleh belajar iman dengan cara macam ini, begitulah keadaannya bila orang islam sakit atau menderita, mereka kena solat hajat dan tawajjuh dengan Allah, namun apa peranan pemimpin? Ya! Pemimpin kena bagi bantuan perubatan kepada rakyat-rakyatnya, so, rakyat boleh belajar iman dengan melihat doa mereka makbul..,
    Sebagai contoh jika bini aku demam selsema atau sakit menderita, maka aku akan perintahkan anak bini aku buat solat hajat mintak pada Allah supaya disembuhkan oleh Allah, ketika anak bini aku sedang tawajjuh kepada Allah, maka aku akan keluar mencari ASBAB (alternative), mencari ubat kerana Allah.So lepas bini aku dah solat hajat kemudian ubat datang, tak meningkat iman dia?, dan kebanyakkannya ketika ubat datang, bini aku dah sembuh… (begitu hebatnya kuasa Allah yang kita tak nampak)
    • Doa kerja bini aku (dia sakit)
    • Cari ubat kerja aku (suami)
    • Bagi sembuh kerja Allah!
    So inilah yang di katakan pendidikan IMAN, jangan biarkan rakyat yang miskin dan kebulur tinggalkan ibadat untuk cari rezeki, mereka sepatutnya kena lebih tambahkan ibadat mereka, dulu di zaman Nabi orang miskin duduk di masjid dan mereka di namakan ahli suffah, so senang jika ada mereka yang berhajat nak sedekah atau nak ajak teman pegi makan kat kedai, dan nabi sendiri, jika dapat harta ghanimah, akan terus agih-agihkan kepada fakir miskin, so mereka dapat belajar iman, maka di sini, peranan pemimpinlah, iaitu, ayah, cikgu, pengurus dan perdana menteri untuk bekalkan bantuan makanan dan ubat ubatan kepada rakyat yang sedang bertawajjiuh kepada Allah, dengan cara ini rakyat kita akan dapat belajar IMAN!!!

    Hari ni kat Malaysia, orang miskin tak lepak di masjid, tak tidur di masjid, dan tak datang solat jemaah, mereka lebih senang mengemis, dan ada yang buat jenayah.., oh!

    Kasihan mereka menderita di dunia dan akhirat…

    Ingat!! tugas pemimpin yang utama adalah mengelakkan doa dari orang terinaya sampai terus kepada Allah!!!

    Penutup:

    Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang nak di tulis, tapi tak panjang sangat ke?, aku belum cerita bab jihad, dakwah, hudud dan lain-lain, tapi takpe, kira ni basic dulu,
    Bukan senang nak jadi pemimpin..,
    Sebenarnya, Pangkat akan datang mencari orang yang layak.. (macam Abu bakar dan Umr RA yang menolak pangkat..)
    Dan orang yang tak layak akan mencari pangkat.. (undilah saya? Huh!)

    Pendek kata:
    Untuk penjadi pemipmpin yang baik, Amalkanlah 5 perkara ini yang kita boleh belajar dari Khalifah Islam yang paling cemerlang dan gemilang (di ukur dari jajahan takluk)
    Aku ulangi antara 5 perkara penting yang WAJIB di buat oleh pemimpin adalah:
    1. -MENYEDIAKAN BANTUAN MAKANAN YANG BAIK DAN HALAL
    2. -MENYEDIAKAN BANTUAN PERUBATAN YANG CUKUP DAN SELESA
    3. -MENUNAIKAN HAK WANITA ( wanita islam terutamanya)
    4. -MEMASTIKAN WAKIL RAKYAT (dan rakyat) BERSOLAT JEMAAH
    5. -MEWUJUDKAN SUASANA IMAN DI BAWAH JAJAHAN TAKLUK.
    Ps: Antara azab yang paling teruk menimpa seseorang selepas menjadi mayat adalah pemimpin yang gagal memikul amanah dan tanggungjawab rakyatnya…, isk

  3. didi budak kecik says:

    nape tak naikkan sehari terus……..
    aku rase menteri ni yg tamak haloba…….
    nak depe je kaye……
    depe dapat sedap…….
    rakyat dapat susah…..
    ape la gune idup kalo dri tu maseh tak sedo susah orang…..
    terutamanye orang yg ade dalam rancangan bersamamu…….
    dh la miskin…….nk naikkan harge barang lagi……
    pikir la!!!!!!!!!!!

  4. tulis says:

    harga brg naik sebab masalah sehagat bukan sengaja. Jgn mudah komen pemimpin yg dh byk buat jasa. Pemimpin pembangkang pun x la bagus mana, tgk la sendiri negeri yg mrk perintah, rakyat x jadi lebih baik pon, malah mrk sendiri huru hara. Kalau satu hari kamu dh besar dan matang dan menjadi pemimpin kecil atau besar, kamu akn tahu sendiri bhw bukan semudah itu menyalahkan org lain dlm mengurus.

Leave a comment