Komputer – mengenali komponen-komponen komputer

Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-komponen komputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizik serta fungsi komponen-komponen komputer peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain. Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabila menggunakan komputer multimedia apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini. Lebih khas lagi bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu mari kita menyelami pengetahuan mengenai komponen-komponen asas yang terdapat pada sesuatu komputer peribadi.

Komputer ialah sebarang peralatan/mesin/alat yang digunakan untuk memproses maklumat/informasi berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan.

Pada dasarnya, perkataan komputer bermaksud ahli kira (compute). Ahli kira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik samada dengan pertolongan alat mekanik atau tidak. Seterusnya hasil kiraan dialih ke mesin. Pada asalnya, tugas “komputer” hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.

Takrifan asal Komputer, seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira (compute) satu fungsi atau bilangan fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira Komputer moden, salah satu ciri-ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan perisian yang sesuai, komputer berkemampuan untuk Meniru (emulate) sebarang alat kira. Namun kemampuan ini juga dibatasi oleh kapasiti (muatan) storan, serta kelajuan proses. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer “serba-guna” dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu. Ciri-ciri “serba-guna” ini boleh disimpulkan sebagai syarat yang mesin tersebut berupaya untuk meniru (emulate) tingkah-laku Mesin Turing umum. Mesin yang memenuhi syarat ini dikatakan Turing-Complete (Lengkap-Turing). Mesin pertama yang lengkap-Turing muncul pada tahun 1940an.

2 comments on “Komputer – mengenali komponen-komponen komputer

  1. c1l1p4d! says:

    siapakah manusia pertama yang mencipta komputer?

  2. YAPHET says:

    ATOK AKU!!

Leave a comment