Soalan tentang Nabi Muhammad SAW

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah

3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)

5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun

6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji

7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib

8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun

9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah

10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun

11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib

12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing

13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah

14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun

16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra’

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun

19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah – isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib – sepupu nabi
Zaid bin Harithah – hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq – kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Sa’ad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin ‘Auf
Thalhah bin ‘Ubaidillah
Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi

20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun

21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil

Bhgn II

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan – 20 april 571M

2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..

4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira

5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)

6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul

7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi – usia 63 tahun

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai

11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)

12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah

13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra’ Mikraj

8 comments on “Soalan tentang Nabi Muhammad SAW

  1. deeya says:

    ader cerita best tentang baginda Rasulullah saw tak? =)

  2. soeloeng says:

    Bagoosss lah saoalan nie….. bile-bile mase dibace oleh anak-anak kite boleh pandai die khan?… iye la khannnn…

    Tapi pasal cerite awak soal “Saya takkan ampunkan dosa istri saya” tu, ade tak cerite yang lebih pelik lg? kejab lagi awak pon dah la jadi pengarah lakon… hee heee….
    pandaiii la tuuuuu.

    Wassalam

  3. soalan-soalan tentang nabi muhammad S.A.W

  4. izyan says:

    klau boleh wt banyak lg bru best:)

  5. nurul asmira binti yusof. says:

    kalau bagi byk lagi bgs nanti blh baca

  6. Cody Freeman says:

    Seorang Ahli Astrologi (Ahli Nujum) Francis abad ke-16 bernama Nostradamus seorang pelajar perubatan yang ditendang dari Universiti, menjadi ahli Nujum setelah beberapa waktu menjadi peniaga.Walau pun beliau dikenali sebagai penganut Kristian Katolik tetapi ibu bapanya adalah penganut Yahudi yang taat. Maklumat lanjut tentang riwayat hidupnya sila ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Nostradamus. Beliau dikenali sebagai seorang peramal yang hebat setelah menjadi panel Bomoh kepada keluarga Diraja Francis malah menjadi perawat Istana. Dari sinilah beliau mula mengembangkan tulisannya dengan pelbagai ramalan. Hingga hari ini ramalannya telah menjadi rujukan utama masyarakat Dunia yang berjiwa kosong. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Google bahawa berjuta hit melanda ke atas laman-laman web yang ada kaitan dengan ramalan-ramalan Nostradamus. Persoalannya benarkah ramalannya terhadap kejadian-kejadian akhir zaman seperti yang didakwa oleh penganut NOSTRADAMUS ini?Ternyata walau pun ada ramalannya yang telah terjadi tapi beratus-ratus ramalannya telah didapati tidak pun berlaku. Zaman semakin meninggalkan segala ramalannya namun hanya sedikit yang dianggap benar itu pun “sipi-sipi” sahaja. Ada yang persoalkan samada ia benar-benar ramalan Nostradamus atau pun penipuannya semata-mata atau pun bisikan-bisikan jin dan Syaitan sahaja?Ada yang beranggapan Nostradamus telah meniru Sabda Rasulullah saw tentang kedatangan akhir zaman seperti yang telah sabit dari hadith-hadith Mutawatir Baginda saw. Perlulah difahami bahawa ketika zaman Nostradamus umat Kristian telah menghadapi kekalahan Perang Salib yang memalukan ditangan para tentera Muslimin Salahuddin Al-Ayyubi. Abad ke-16 adalah misi membalas dendam umat Nasrani Eropah untuk mengkristiankan seluruh dunia sebelum sempat diIslamkan oleh Muslimin. Sebagaimana kedatangan Spanyol ke kepulauan Sulu dan Nusantara sendiri bermula seawal kurun ke-14 lagi.

Leave a comment