Kajian: Bukti-Bukti Teknologi Canggih Manusia Silam

Mafhum firman Allah: At-Taubah 009:70. Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka), Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Jonathan Gray dalam bukunya berjudul Dead Men’s Secret ada mencatat: “Pada 17 November, 3398 SM, sejumlah 2 bilion manusia, bersama teknologi canggih mereka, pupus daripada muka bumi. Kaum hebat yang hilang ini telah mengalahkan kita dari sudut pendaratan ke bulan, komputer dan perang nuklear. Anak-cucu kaum canggih ini (yang terselamat dari taufan Nuh a.s. dengan menaiki bahtera) tersebar dari banjaran Ararat (Gunung Judi) di Armenia untuk memulakan semula tamadun yang kurang canggih dari sudut teknologi, tapi masih punya sedikit pengetahuan dari tamadun asal mereka.

Teori evolusi (ciptaan Darwin) tidak dapat bertahan bila berdepan dengan fakta ini. Bukti-bukti wujudnya bandar-bandar maju dan teknologi maju zaman silam sukar dinafikan. “Orang gua” boleh memakai baju seperti kita? Manusia tahu rahsia terbang sebelum kurun ke dua puluh? Tamadun silam telah melakukan pembedahan jantung? Tamadun silam menggunakan elektrik yang kini sudah tidak diketahui teknologinya untuk menerangi bandar-bandar mereka (fluoroscopy). Sebenarnya senarainya tidak mengenal tandus, dan ia menjurus kepada kewujudan satu tamadun hebat, dan bukti ini tidak lagi boleh dinafikan. Bukti arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa suatu kejadian besar telah berlaku di planet bumi di zaman silam. Suatu kejadian yang amat besar hinggakan ia telah memusnahkan hampir segala-galanya yang berada di permukaan bumi. Dari seluruh dunia, ciptaan-ciptaan silam yang dianggap “mustahil” telah muncul satu demi satu, dan sebahagiannya dari teknologi yang sama maju dengan apa yang ada pada kita sekarang ini. Hampir semua catatan kaum zaman silam menceritakan kisah yang sama, iaitu pupusnya “Zaman Emas” (Golden Age), dan bahawa satu malapetaka telah memusnahkan tamadun yang maju tersebut. Kajian masa kini mendapati bahawa catatan-catatan silam ini selaras dengan fakta yang sebenar”.

Sebuah tapak bernama Medzamor di Soviet Armenia telah dilaporkan dalam laporan saintifik yang diterbitkan pada tahun 1969. Ia adalah sebuah tapak yang menjadi bukti satu kemajuan teknologi silam yang misteri. Medzamor adalah sebuah tapak yang dipelopori oleh bijakpandai zaman silam. Mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan layak dipanggil ilmu pengetahuan saintifik dan industri. Koriun Megurtchian dari Soviet Union telah menemukan sebuah kilang logam skala besar di tapak ini. Kira-kira 4,500 tahun lampau, satu kaum yang berteknologi tinggi telah menggunakan lebih 200 buah relau untuk menghasilkan berbagai pasu bunga, pisau, mata panah, cincin, gelang dan lain-lain lagi. Tukang-tukang di Medzamor memakai penutup mulut serta sarung tangan bila melakukan kerja-kerja membentuk berbagai bekas yang dibuat dari tembaga, lead, zinc, besi, emas, timah, manganese dan 14 jenis bronze. Mereka juga telah menghasilkan berbagai jenis cat metalik, seramik dan kaca. Pakatan saintis dari Soviet Union, Amerika, Britain, Perancis dan Jerman mengesahkan bahawa beberapa “tweezers” yang ditemui di sana telah dibuat dari besi (steel) bermutu tinggi dan ianya diambil dari lapisan bumi yang berusia 1,000 tahun SM.

Pada tahun 1965, seorang ahli arkeologi bernama Dragoslav Srejovic telah menemui binaan misteri di sebuah tapak yang sekarang ini dikenali sebagai Starveco, terletak di Sungai Danube, sempadan antara Yugoslavia dan Rumania. Apabila menggali tebing sungai Yogoslavia, pada mulanya Srejovic menemui sebuah jalan kaum Rom, di bawahnya pula terdapat serpihan-serpihan tembikar proto-Greek, di bawahnya lagi terdapat berbagai artifak Neolithic dan Mesolithic. Bila terus menggali, Srejovic bertemu pula sesuatu yang lebih mengejutkan, iaitu lantai simen. Lebih spesifik lagi, ianya adalah campuran batu kapur, pasir dan air. Simen ini dianggap oleh pengkaji sebagai satu kemajuan kimia dan binaan itu dianggap ribuan tahun lebih maju berbanding zamannya. Permukaan simen itu telah dibina dengan begitu teliti dan ia merupakan tapak asas binaan rumah-rumah. Srejovic mendapati bahawa tapak-tapak simen tersebut ada berlapis-lapis, menunjukkan bahawa bangunan-bangunan telah dibina dan dibina semula di situ untuk jangkamasa yang tidak diketahui. Namun terdapat satu persamaan iaitu arah rumah-rumah yang dibina kemudiannya adalah serupa dengan arah rumah yang dibina sebelumnya. Tamadun yang ada mempunyai persamaan dengan tamadun yang disangka paling awal iaitu di Timur Tengah yang hanya bermula beribu-ribu tahun setelah Starveco.

Pada tahun 1847 Henry Layard, seorang ahli arkeologi British telah menemui satu cermin optik ketika membuat penyelidikan di Nimrud, ibu negara Assyria. David Brewster seorang ahli fizik telah meneliti artifak itu dan memaklumkan pada tahun 1853 bahawa ia adalah cermin optik yang bagus buatannya. Sebenarnya terdapat 75 cermin optik seperti ini telah ditemui di kawasan-kawasan bermula dari tengah Turki membawa ke Crete hingga ke Troy.

Pada tahun 1956, sebuah kepingan kaca buatan manusia seberat 8.8 tan telah ditemui di Beth She’arim, barat-daya Galilee. Sebenarnya kaca seberat itu pun pernah dihasilkan di zaman moden, tapi amat jarang, dan jika dihasilkan pun, ia hanya untuk tujuan khas, contohnya untuk membina cermin teleskop yang amat besar. Malah telah ditemui juga dalam piramid Dahshur yang telah dibina oleh Snefru (2613-2498 SM), sebuah kepingan kaca berwarna ungu seberat 35 tan.

Kepingan tembikar (clay tablet) yang ditemui di Babylon telah mencatat mengenai ujian kehamilan. Ianya melibatkan proses memasukkan satu kapas yang berisi herba ke faraj wanita berkaitan, dan apabila dikeluarkan semula dan diletakkan larutan alum, maka kapas itu akan bertukar warna merah jika wanita itu sedang hamil. Kaum Maya di Amerika Selatan pula tahu bagaimana untuk menebuk (drill) gigi dan menampalnya menggunakan penampal logam.

Manusia telah menjahit pakaian mereka seawal 20,000 SM. Alat-alat yang mereka gunakan juga sudah ditemui. Kerja-kerja menggali tiga tapak perkuburan di Sunghir, Rusia pada tahun 1964 menunjukkan bahawa mereka yang ditanam di situ telahpun memakai topi, baju dan seluar. Kerja menggali sebuah busut zaman silam di Catal Huruk, tengah Turki telah menemukan sisa tekstil, dipercayai dari pakaian seorang gadis. Manusia yang tinggal dalam Gua Spirit di utara Thailand telahpun menanam kekacang dan sayuran lain sekitar 9,000 SM.

Teknologi melukis peta telahpun bermula sekurang-kurangnya 12,000 tahun lampau. Sebuah peta telah ditemui di Mezhirich, Ukraine pada tahun 1966 diukir di atas gading gajah purba (mammoth). Ianya berusia 10,000 SM dan ia menunjukkan sebuah sungai dengan sederetan rumah-rumah. Jag tembikar telah ditemui di Gua Ishigoya, di Honshu, Jepun. Usianya 10,000 SM. Lain-lain bekas tembikar juga ditemui di situ, dan usianya pula 11,000 SM. Boomerang adalah alat memburu yang mempunyai sifat unik dan aerodinamik, boomerang yang pertama ditemui telah berusia 21,000 tahun dan ianya ditemui di Poland, bukan di Australia.

Lampu minyak telahpun digunakan seawal 20,000 tahun lampau. Ia mungkin telah digunakan untuk menyuluh operasi pembedahan otak manusia, yang telahpun bermula pada zaman yang sama. Begitu juga penggunaan pelali (anesthetics) seperti penggunaan mandrake secara terkawal, yang akan menyebabkan pesakit tidak bergerak dan tidak merasa sakit.

Lombong tembaga (rujuk kisah Zulkarnain) zaman silam telah ditemui di Serbia, Lake Superior di California, Arkansas, New exico, Missouri, Illinois, Indiana, Georgia, New Jersey dan Ohio. Relau untuk mencairkan besi di zaman silam juga telah ditemui. Lebih menarik, manganese telah dilombong di Broken Hill, Zambia. Bukti “carbon dating” mendapati bahawa lombong ini telah berusia 28,130 tahun.

Ahli arkeologi yang menggali tapak di New Caledonia dan Isle of Pines di barat-daya Pasifik telah menemui lebih dari 400 silinder yang dibuat dari simen. Diameternya 40 hingga 75 inci, panjangnya hingga 100 inci. Silinder ini telah ditatah dengan silica dan kerikil besi. Kegunaannya tidak diketahui. Ujian karbon mendapati bahawa usianya sekitar 13,000 tahun.

Terdapat 170,000 batu saluran air bawah tanah di Iran. Terdapat pula satu tangki air di Sri Lanka yang mana keluasan permukaannya adalah sebesar Tasik Geneva. Yang terbesar dari sistem ini bernama Parakrama Samudraya atau Laut Parakrama. Ia adalah tangki air yang amat besar hinggakan biasanya ramai orang terkeliru kerana menganggapnya sebuah lautan. Pada tahun 1932 Kapten G.E.H. Wilson telah menulis mengenai satu tamadun silam di Rift Valley, Afrika Timur. Kesan-kesan tamadun ini merentangi Tanganyika, Ethiopia, Uganda, Kenya dan Utara Zimbabwe. Mereka ini ada membina terusan, sistem saliran, jalanraya dan telah juga memesongkan aliran air sebuah sungai.

Pada tahun 1940, Froelich G. Rainey dan Magnus Marks telah menggali tapak Neolithic berdekatan Ipiutak di Arctic Circle. Mereka menemui kesan 600 rumah, dan dijangka sebanyak 200 rumah lagi akan ditemui. Mereka telah menemukan sebuah metropolis zaman silam. Artifak dan kerja tangan yang ditemui di situ adalah bermutu tinggi. Mereka berpendapat bahawa manusia yang membina rumah-rumah ini bukanlah bangsa Eskimo tapi datang dari tempat lain.

Pada tahun 1988, penyelam-penyelam skuba diketuai oleh Kihachiro Aratake telah menemui struktur batu yang amat besar di dasar laut berhampiran pantai Yonaguni, barat-daya Okinawa. Struktur ini berada 75 kaki di bawah paras laut. Ianya 600 kaki panjang, 450 kaki lebar dan 90 kaki tinggi. Orang tempatan menganggap ianya adalah semulajadi. Profesor Masaki Kimura dari Universiti Ryuku, Okinawa telah meneliti struktur ini dan mendapati bahawa ianya mempunyai 5 lapisan yang jelas, dan memutuskan bahawa ia tentu telah dibina oleh manusia.

Saya boleh teruskan catatan-catatan penemuan teknologi silam ini, namun saya fikir cukuplah catatan-catatan di atas untuk berfungsi memperbetulkan persepsi kita yang mungkin menganggap manusia zaman silam itu adalah manusia “kuno”. Pada hemat saya, semuanya yang telah dicatat di atas dapat membuatkan kita merenung betapa lalainya kita dalam mengkaji makhluk yang bergelar anak-anak Adam ini. Semakin hari semakin banyaklah bukti yang akan terserlah. Itu sudah tentu.

Mari kita sama-sama renungkan mafhum firman Allah: Yusuf 012:109. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

Sama ada anak-anak Adam zaman ini mahu percaya atau tidak, hakikatnya jelas, iaitu sebenarnya tamadun sentiasa lahir dan mati, kemudian diganti dengan tamadun yang lain. Malah, apabila kita sentuh tamadun sesuatu kelompok anak Adam, ianya bermula dari bawah, kemudian tamadun itu mengalami kemajuan yang pesat, lantas sebahagian orang dalam kelompok itu menemukan teknologi yang mampu memusnahkan, dan terjadilah peperangan yang dahsyat hingga melenyapkan tamadun tersebut bersama masyarakatnya dan ilmu-ilmu yang ada pada mereka. Sebenarnya sesuatu tamadun itu musnah kerana kederhakaan mereka terhadap Allah, sepertimana yang terjadi kepada kaum Luth, penduduk Pompeii, kaum ‘Ad, kaum Tsamud dan banyak lagi. Dalam artikel ini kita fokus terhadap kemajuan teknologi yang telah terdaya dicapai oleh sesebuah tamadun silam dan mengapa manusia zaman ini sukar percaya bahawa terdapat tamadun yang amat maju teknologinya di zaman silam.

Saya berpendapat bahawa antara dua tamadun yang bersilih-ganti, terdapat satu jangkamasa (period) kemuraman teknologi dan kemuraman ini mungkin berlangsung lebih dari 1,000 tahun. Maksudnya, tamadun yang baru lahir perlu bermula dari bawah, dan ini memerlukan masa yang agak lama. Olehkerana tamadun sebelum itu telah pupus bersama umatnya, generasi tamadun yang kemudian telah kehilangan bukti-bukti kewujudan tamadun silam yang maju itu. Akibat dari kecuaian untuk mengkaji tamadun-tamadun silam dengan bersumberkan agama, anak-anak Adam yang hidup di tamadun mutakhir menganggap umat zaman dahulu berfikiran kolot serta amat mundur. Maka timbullah anggapan bahawa semakin kita menggali sejarah, makin jelaslah bahawa manusia zaman silam itu mundur, hinggalah dianggap bahawa mereka hanya menggunakan batu sebagai senjata dan peralatan-peralatan. Apabila dilakukan kajian yang lebih terperinci, barulah manusia moden tahu bahawa sebenarnya sebelum mereka telah ada tamadun berteknologi tinggi, malah teknologinya lebih canggih berbanding yang ada pada mereka. Sebahagian dari pengkaji ini tidak mahu menerima hakikat ini (akibat pengaruh teori Darwin), lantas mencari “alasan” bahawa sebenarnya teknologi canggih zaman silam itu bukan dipelopori oleh anak-anak Adam di planet bumi tapi ianya telah diajar oleh “alien” dari “outer space”. Ini semua berpunca dari kelalaian manusia itu sendiri kerana tidak mengkaji apakah yang telah diberitakan dalam kitab-kitab terutamanya Al-Qur’an.

Antara detik ketika yang amat jelas terjadinya “sempadan waktu antara dua tamadun” ialah ketika berlakunya taufan atau banjir besar Nuh a.s. Dan jangan lupa, besar kemungkinan juga telah berlaku sekali lagi pemisahan tamadun ini apabila Zulkarnain membina tembok yang memisahkan kaum Yakjuj dan Makjuj dari penghuni atas muka bumi.

Bagi kes pertama, iaitu wujudnya “sempadan waktu antara dua tamadun” ketika berlakunya taufan Nuh a.s. kita dapat saksikan sekarang bagaimana manusia moden tidak dapat menjelaskan berbagai misteri di sebalik berbagai penemuan berkaitan teknologi silam. Contohnya, manusia moden tidak tahu mengapa dan bagaimana piramid dibina. Mereka juga jadi hairan bila menemukan berbagai lukisan atau artifak yang berbentuk pesawat-pesawat terbang dalam gua-gua yang diyakini tidak pernah didatangi apatah lagi dihuni oleh manusia moden. Mereka hairan lagi bila menemukan bangunan-bangunan teguh lagi canggih yang telah tenggelam di dasar-dasar laut. Bahkan mereka hairan bagaimanakah umat terdahulu membina tembok-tembok batu dengan memotong batu-batu besar sebegitu jitu, dan bagaimanakah batu-batu itu dilekatkan antara satu sama lain. Sebahagian pengkaji mengambil jalan mudah dengan memberi alasan bahawa itu adalah “teknologi dari angkasa lepas”.

Bagi kes kedua, iaitu terbinanya tembok pemisahan tamadun antara kaum Yakjuj Makjuj dan anak-anak Adam yang berada di atas muka bumi, ianya berlaku mungkin sekitar 1,000 hingga 2,000 tahun setelah taufan Nuh a.s. Pada hemat saya, bagi kes pertama, mungkin kesemua umat silam berteknologi tinggi itu telah pupus kerana banjir Nuh a.s. telah menenggelamkan kesemua daratan dan “mungkin” juga mana-mana tempat kediaman di bawah bumi. Saya catat “mungkin” setelah mengambilkira berita mengenai “dabbatul ‘ard” iaitu binatang-binatang besar (sebagaimana dinosaur) yang akan muncul ke permukaan bumi di akhir zaman. Mungkin tidak meleset jika saya catat di sini bahawa dalam kes kedua ini, ada sebilangan kecil dari kaum Yakjuj dan Makjuj ini yang sekali-sekala datang ke permukaan bumi melalui jalan-jalan yang masih tidak diketahui oleh kita semua. Tapi mereka ini datang ke permukaan bumi hanya dalam tempoh yang singkat untuk tujuan tertentu, contohnya untuk mencuri sesuatu, atau menculik haiwan atau manusia, dan beberapa tujuan lain yang tidak kita ketahui. Tapi di manakah lubang-lubang tempat keluar-masuk kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Sudah pasti bahawa lubang utama tempat mereka datang ke permukaan bumi telah ditembok oleh Zulkarnain. Namun mereka mungkin punya lubang-lubang lain untuk keluar, dan ini hanya diketahui oleh segelintir dari mereka. Mungkin yang segelintir ini adalah dari golongan yang paling maju teknologinya berbanding yang lain, dan mereka mempunyai pesawat-pesawat terbang yang canggih.

Ada juga pendapat yang menyatakan mungkin kaum Yakjuj dan Makjuj ini telah dikepung dengan tembok dan mereka sebenarnya berada di dimensi lain, bukan di alam nyata. Saya berpendapat bahawa mereka ini adalah makhluk alam nyata, dan kaum Yakjuj dan Makjuj adalah anak Adam a.s., bukan dari golongan jin. Mereka hidup beranak-pinak sebagaimana anak-anak Adam di permukaan bumi, tapi mungkin rupa mereka agak berlainan kerana beberapa faktor. Pertama kerana makanan yang mereka makan adalah terdiri dari haiwan atau tumbuhan yang kurang mendapat cahaya matahari. Kedua kerana faktor oksigen dan kandungan galian yang terdapat pada air yang ada di bawah bumi. Andai ditemui makhluk yang botak, atau tiada berbulu roma, matanya agak besar, kulitnya agak kehijauan, maka ada kemungkinan mereka ini datang dari satu tempat yang jarang terdedah kepada cahaya matahari dan mungkin inilah gambaran kaum Yakjuj dan Makjuj yang masih menjadi misteri hingga ke saat artikel ini ditulis. Telah banyak laporan (sama ada benar atau tidak, sukar untuk ditentukan) terserempaknya anak-anak Adam di atas muka bumi ini dengan makhluk yang seperti itu (digelar Grey). Mereka ini didakwa datang menaiki pesawat-pesawat terbang. Pesawat-pesawat terbang ini (kebanyakannya berbentuk piring terbang atau curut) biasanya dilihat berlegar-legar di sekitar empangan air, sungai atau laut, dan ianya boleh terbang dengan amat laju. Ada yang melihatnya masuk ke dalam laut, dan muncul dari dalam laut. Ini semua perlukan kajian yang selanjutnya dari pakar-pakar.

Apa pun rupa kaum Yakjuj dan Makjuj tidaklah sepenting hakikat bahawa mereka ini benar-benar wujud. Malah, hampir pasti bahawa mereka inilah yang selama ini didakwa oleh Barat sebagai “extra-terresterials” atau makhluk dari angkasa lepas jika benar kisah-kisah “close-encounters” ini berlaku. Apa yang mereka makan ketika berada di bawah tanah juga bukan persoalan yang boleh menyebabkan kita menjadi golongan skeptik. Ini kerana dalam bumi sendiri terdapat cukup banyak makanan yang boleh dimakan. Cacing, sebagai contoh, adalah salah satu makanan yang dianggap berkhasiat untuk manusia, dan ia telah dicatat dalam kitab-kitab lama. Cuma kita sebagai Muslim di atas muka bumi mempunyai pilihan makanan-makanan yang jauh lebih menyelerakan dan suci, bukan semata-mata bersih.

Besar kemungkinan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah saki-baki keturunan anak Adam yang masih mewarisi sebahagian besar dari teknologi tamadun maju sebelum berlakunya taufan Nuh a.s. Dengan menggunakan teknologi-teknologi tersebut mereka telah melakukan banyak kerosakan di muka bumi pada zaman silam dan mereka masih membangunkan teknologi hingga ke saat ini. Untuk memahaminya kita boleh kiaskan dengan apa yang kita lihat dilakukan oleh Amerika pada waktu sekarang. Mungkin inilah gambaran yang dilakukan oleh kaum Yakjuj dan Makjuj ke atas kaum yang meminta pertolongan dari Zulkarnain agar dibina tembok pemisah tersebut. Kini kaum Yakjuj dan Makjuj mungkin masih melakukan kerosakan di bawah bumi, cuma kita mungkin tidak tahu bahawa mereka yang menyebabkan berlakunya sesetengah gempa bumi dan tsunami di permukaan bumi akibat ledakan bom atau ujian-ujian senjata yang mereka lakukan di bawah sana.

Untuk renungan bersama: Yunus 010:13. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.

Wallahua’lam.

60 comments on “Kajian: Bukti-Bukti Teknologi Canggih Manusia Silam

  1. poyo says:

    This is really mind opening… Help me to understand some mystery.. Yup.. we still don’t know what’s beneath us.. really scary.

  2. aima trg says:

    sy dgr yakjud dan makjud itu 2 kaum yang bbeza yang kuat dan suatu hari nnti akan keluar dan dpt memecahkan tembok yang dibina zulkarnain apabila diizinkan Allah sperti kata zulkarnain kpd kaum yg mminta pertolongan drpdnya mbina tembok setelah tembok tersebut telah siap dibina”suatu hari nanti tembok yang dibina ini akan musnah dgn izin Allah dan mereka(yakjud dan makjud) akan kembali untuk memusnahkan kamu.. n sy dgar dajal pun akan kluar masa 2….nabi isa pn akan turun dr syurga utk menolong umat islam..sy yakin bhwa manusia zaman dulu beratus kali lebih bijak dr manusia zaman skrg,,,,sy begitu takjub dgn piramid dan mampu menjana pelbagai soalan apabila mmikirkan cara bangunan tersebut dibina,,,,batu2 kiub yang beratnya bertan2 mampu diangkat oleh manusia dulu???batu2 sebegitu belum tentu dapat diangkat oleh 5 org lelaki zaman skrg,,,satu kiub batu 2 pn xterangkat bagaimanakan pula hendak membina sebuah piramid??membuktikan bhwa manusia zaman dahulu mempunyai alatan moden yang lbih canggih drpd zaman ini dan mereka mempunyai ilmu geometri,physics,mathematic dan ilmu2 lain yang begitu mendalam……………wallahu alam…manusia adalah makhluk Allah yang paling hebat,,,,,,,,,,,,,,(*_*)Allahuakbar,,peace….

  3. batozay says:

    ga mungkin tu !!!!! keliatan bohong BANGET !!!!
    kenapa cuma jasadnya aja ? Boneka kali ?! Hwahwahwahwa

  4. indra says:

    mahklu angkasa{alien} memang ada di dibu maupun diplanet ya???????

  5. AHMAD KAHFI says:

    MENURUT SAYA ALIEN ITU TIDAK ADA KARENA MAHLUK YANG HANYA BISA BERFIKIR JERNIH DI ALAM SEMESTA INI HANYALAH MANUSIA TAK ADA MAHLUK LAIN

  6. adi says:

    menurut saya,anda harus memberikan banyak bukti seperti gambar atau video.

  7. yeti munasasih says:

    SAYA SANGAT BIMBANG SKALI TENTANG HAL SEMACAM INI.
    MUNGKIN PERTANYAAN BESAR BAGI SAYA!!!!!
    N’ SAYA JUGA TA’ BEGITU YAKIN DENGAN PENEMUAN INI.
    PERLU BUKTI BESARRRRRRRRRRRRR

  8. Al Habsy says:

    hai orang – orang yang beriman. berimanlah hanya kepada ALLAH SWT kaRENA KITA HIDUP HANYA UNTUK MENYEMBAH KEPADANYA.DAN JANGAN PERNAHSEKALIPUN MENDUSTAINYA APALAGI MENYEKUTUKANNYA.

  9. dhy says:

    ente punye cerita sangat bagus dan saye sangat senang membacenye….semoge ade hal2 mutakhir lagi yang dapat diceritekan…………

  10. rangga says:

    my name is “rangga”from “indonesian”
    i have video about “ufo”
    please help me?
    monster,monsters.
    call me at my number(085258707136)

  11. rika says:

    yaah,,,,percaya nggak percaya sih

  12. secretadmire says:

    jangan berfikir lebey dri kemampuan akal fikiran…
    suma itu rahsia Allah..
    hanya Dia yg mengetuahui nya,…

  13. myra says:

    hai……..,pe kabo kite,oak wuat ape ke bende pulok tuw….haa….

  14. Lna says:

    menurut saya harus ada bukti yang benar-benar nyata tentang keberadaan alien karena nantinya malah akan meresahkan masyarakat

  15. Muhamad Sharil says:

    saya dengar bahawa ya’jud & maujud akan keluar setibanya masa yang ditentukan hanya oleh Allah melalui Pulau Bermuda Triangle, Benar ke……………..

  16. naqib says:

    seram

    ade series kat utube (audio da di-ban ) The Arrivals mengenai dajjal. pyramid2 tu sbnarnye utk channel negative energy, byk la lagi. usaha lah utk mencari. mungkin kat hashemfilms.com ade.

  17. ain zaharah says:

    Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.ada tak gambar-gambar area yang konon bakal tempat keluar yakjuj makjuj ni?lagi kalu ble tolong dapatkan maklumat tentang orang hijau yang kononnya tinggal di lubang bumi.betulkah ada?

  18. paijo says:

    nice post thank..

  19. Fikrulllah says:

    Doa-doakanlah saya agar berjaya dalam PMR. Moga-moga saya akan jadi seorang saintis yang berjaya….

    • m.yuli santoso says:

      saya sangat terkejut dengan adanya makhluk yang berwujut seperti alien.dan saya berkesimpulan bahwa di balik semua itu pasti ada hikmanya tersendiri

  20. goku says:

    scientist is better than doctor..
    tp rmai org tergila-gila nk jd doktor..why??
    cube contohi iran.. the best icon

  21. kpaku says:

    >>>>>>>>DAJJAL TERLEPAS DARI RANTAI IKATANNYA

    Kekasih Allah ialah Nabi Muhammad saw. Tiba-tiba ada satu hari Dajjal bangun dari tidurnya, dia lihat rantai yang mengikat kedua tangan dan kakinya sudah cair bagaikan garam terkena air. Besi yang mengikatnya menjadi karat seakan-akan berumur 63 tahun, yang merupakan keseluruhan umur Nabi Muhammad saw.

    Dajjal yang mengaku diriya sebagai tuhan baru ini mendapati dirinya bebas dari ikatan yang pada dulunya amat kuat itu. Tiba-tiba binatang berbulu lebat itu berada di hadapannya dan berkata/’Selamat tinggal, wahai orang yang paling jahat di muka bumi. Engkau menuju ke dunia yang penuh kepalsuan, sementara aku menujur kepada kerajaan Allah. Tuhanku, Tuhanku dan Tuhan bagi segala-galanya. Aku menuju Barzakh yang hanya diketahui oleh Allah swt.” “Ke mana?” tanya Dajjal “Apakah engkau tidak ingat? Sesungguhnya ajalku akan tiba apabila sampai waktu untuk engkau Keluar! Saat engkau keluar bersama dengan tenggelamnya pulau ini. Keluar menuju dunia yang fana. Segala ukuran adalah milik Tuhan semesta alam ini, yakni Allah. Tiada tuhan selain Dia. Sementara itu, engkau hanya seorang hamba yang diciptakan.

    Engkau telah memilih qadarmu sendiri. Laknat Allah akan menimpa ke atasmu dan atas orang yang melindungimu di rumahnya.” Binatang itu pun pergi ke hutan belentara. Dan Dajjal yang sesat itu menaiki perahunya ke negeri baru yang belum pernah dia dengar dan sampai sewaktu di zaman Fir’aun sebelum Nabi Musa.>>>>>>>
    >>>>>>>http://tawakkaltu.blogspot.com/2007/09/dajjal-terlepas-dari-rantai-ikatannya.html

  22. sopri says:

    gw gak percaya kalo alien itu ada.

  23. najmuddin says:

    assalamulaikum.saya ni bukan apa, saya amat berminat dengan perkara2 macam nih,lagi2 yang berkaitan dengan teknologi.saya boleh bersetuju jika teknologi itu datangnya dari manusia pada zaman dulu.tapi kalau teknologi itu asalnya dari yakjuj makjuj saya tak boleh nak terima.kenapa pula yakjuj makjuj.padahal Allah AzzaWajjalla telah pun berfirman dalam al-quran bahawa yakjuj dan makjuj akan keluar dari seluruh pelosok dunia melalui tempat2 yang tiggi.jika begitu yang termaktub dalam al-quran.kita sebagai manusia tidak boleh menafikannya.ada bantahan?

  24. najmuddin says:

    assalamualaikum.ni yang saya nak sambung sikit nih,lagipun dalm al-quran pun ada termaktub bahawa yakjuj dan makjuj akan muncul pada akhir zaman

  25. najmuddin says:

    assalamualaikum,saya pun percaya bahawa ada makhluk lain yang sama2 menetap di alam semesta ni yang besar ni.kita tak boleh nak menafikan ni sebabnya kita punya ilmu terhad.cuba kita fikirkan balik. mungkin makhluk yang digelar alien tu pun menyembah Allah seperti kita .tapi teknologinya mendahului kita.saya rasa juga mereka tidak sempurna seperti kita kerana kitalah makhluk Allah yang paling sempurna sekali.

  26. najmuddin says:

    ada kemungkinan ufo yang banyak dilihat di barat tu datang sebab nak tengok setiggi manakah teknologi yang telah kita kecapi.

  27. najmuddin says:

    saya bukan apa, saya ingin menyuarakan pendapat saya yang tak ada sorang pun yang nak dengar waktu saya bercerita mengenai ufo di sekolah

  28. najmuddin says:

    saya juga telah memebaca sebuah buku mengenai dajjal.dalam buku tu terkandung yang ufo mungkin salah satu daripada fitnah dajjal.semua yang melalui segi tiga bemuda akan disedut.mungkin itu salah satu agenda dajjal untuk mengelirukan umat manusia

  29. najmuddin says:

    ustaz saya pun pernah cakap yang teknologi jin tu 1000 tahun lebih maju daripada kita.dalam banyak2 jin, jin ifrit la yang paling pintar

  30. syazwan says:

    mknanya teknologi zaman dhulu lbih tinggi dari zaman kita,dan mgkin sb kemjuan teknologi zaman dulu telah membuatkn manusia lupa diri pada tuhan sehinggakn ditimpa bencana….

  31. aiza says:

    salam,saya tidak terkejut dgn rencana di atas.mmg benar apa yg diutarakan mengenai tamadun yg musnah dan akan wujud tamadun yg lain selepasnye dan begitula seterusnya.kite akan melalui seperti tamadun terdahulu kerana kemungkaran yg dilakukan manusia terhadap Allah SWT. baru2 ni suami saya ada bercerita berkenaan tamadun ini. :)

  32. jamil yusuf says:

    salam, saya menyokong pendapat penulis dan saya juga ada membaca kisah sebelum kelahiran nabi muhammad, masyarakat arab ketika itu hidup dalam kejahilan… dan ramai manusia pada ketika itu buta huruf…. semuanya berpunca dari kejadian empangan yang dibina oleh kaum sebelumnya telah pecah dan mengakibatkan seluruh negara arab ditenggelami air…. segala ilmu dan tamadun yang telah terbina sebelumnya telah musnah bersama dengan teknologi mereka….

    wallahualam……

  33. syadot says:

    dalam Al-Quran xpernah sebut bangsa selain manusia dan jin.so, dari mana datangnya alien plok ni?saya yakin alien xpernah ade.cume di ada-adakan saja ceritanya.

    • purnomo says:

      saya suka cerita jaman purba,alien ataupun uvo,keterangan yang masuk akal dengan bukti yang cukup membuat aku terhibur dan berfikir,sangat mengerikan bila ada mahluk yang lebih canggih dari pada manusia……

  34. no name says:

    xde alien..Allah telah berfirman:Tidak Aku ciptakan Jin dan Mnusia melainkan untuk beribadat kepadaKu..
    Ader Allah sbut makhluk lain mksudnye ALIEN..xde kan..Die pencipta,Die pentadbir,Dia lah Raja Segala Sesuatu..Dia lebih mngetahui yg ader di dlm terang,di dalam gelap..pndanglah pada realiti..Yakjud n Makjud itu anak2 adam A.S..lihat hari ini..Bangsa apa yg tidak terkalah,Tamadun apa yg mengusai dunia sehgga tidak ad yg dapat mnjatuhkan..Lihat Bnagsa apa melakukn kerosakan di sana sini..Bangsa apa yg membunuh sana sini..Merosakkan Alam,,Mencetuskan Perang..Pertumpahan Darah..Merosakkn gunung..Mncemarkan air di muka bumi,Merosakkn hutan..Dan bangsa apa yg mengunakan tasik galilee hari ini..dlm istilah lain..meminum tasik galilee shgga kering..Kerajaan Zionis mngunakan tasik itu bgi mnghijaukn padang pasir di israel..paras tasik Galilee semkin lama smkin rendah..Buknkah apabila yakjud makjud mncul ..Mereka akn minum tasik tersebut..Lihatlah hari ini.

  35. suib says:

    kita cuma manusia biasa. kita mempercayai apa yang nyata atau yang tidak memeningkan kepala. Sains dan ugama adalah dua dunia yang berbeza. Manusia diberi akal dan fikiran.Menyembah allah ialah satu agama dan mencipta ialah sains dan fizik. Bumi berusia 150 billion tahun. Tuhan telah mencipta makhluk awal dan makhluk akhir. Tuhan telah mencipta langit dengan seluas-luasnya dan bumi yang sekecil-kecilnya dan menaburkannya dengan makhluk merata. Perkataan Alien itu ialah sebenarnya makhluk. Sekiranya anda diberi oleh allah umur yang sepanjang-panjangnya dan pesawat yang selaju-lajunya untuk mencari penghujung langit sudah tentu anda tidak akan menjumpainya melainkan allah. Allah mencipta kita untuk menyembahnya. Manusia tercipta bersama-sama sains.

  36. dajjalskudai says:

    asslmkum..80% info saudara ada kebenarannya,syabas !
    tapi saudara perlu banyak membaca dan membuat kajian yang menyeluruh mengenai hal tersebut bersandarkan Al Quran,disamping itu iktikad saudara perlu lebih jelas.
    Saudara akan mendapat hasil @ kesimpulan yang bernas.dikemudiannya nanti saya akan jelaskan segalanya pada saudara….

  37. Butterfly girlzs says:

    Alhamdulillah…sometime we loss to think about the mistery n needed to know..Thanks 4r a new knowledge..Subhanallah…:)

  38. PENGIKUT YESUS says:

    AH ITU MAH SEMUA FIKTIF,TP KEAJAIBAN YESUS GW DAN SMUA MUJIZAT YG GW PERNAH ALAMI ITU BARU DASYAT MAN,YESUS GW AJAIB SMUA DOA YG GW PANJATKAN KE YESUS DIKABULIN AJAIB GA TUH,KALO LO MAU BUKTI LO COBA DEH ATO BAHASA KASARNYA LO TANTANG KEAJAIBAN YESUS GW DGN LO MINTA SESUATU YG MENURUT AKAL LO ITU MUSTAHIL YESUS BAKAL KABULIN…..PASTI GW YAKIN YESUS GW SANGGUP KASIH BUAT LO SCARA AJAIB…..

    • kamaruzaman says:

      Kalau Jesus itu Tuhan, Adam pula siapa? Abraham pula siapa? Muhammad pula siapa?
      Kalau Jesus itu Rasul, Adam pun Rasul. Abraham pun Rasul dan Muhammad pun Rasul. Dari kesemua Nabi lagi rasul dari zaman Adam sampai Muhammad, mengapa tiba-tiba Jesus menjadi Tuhan. Adakah kerna beliau tidak berbapa. Bagaimana pula Adam yang tiada ibu dan bapa? Kan sepatutnya Adam yang layak kalau hendak dikatakan Tuhan ataupun bagi orang Islam Muhammad itulah Tuhan. Takkan Tuhan bertulang dan berdaging. Bagaimana hendak memerintah alam.

      Sebelum ada alam, Tuhan saja yang ada. Adakah Tuhan yang ada sebelum ada alam mempunyai sisi (tepi). Tentulah tidak. Adakah sesuatu yang tiada tepi boleh dibelah dua. Tidakkah yang sebelum ada alam ini adalah Tuhan bagi Jesus juga. Jika awak kata begitu saya akur tetapi jika sekira Jesus yang memakbulkan doa awak, maka itu adalah dusta.

      Kalau Tuhan berupa Jesus, ibunya berupa Mariam bagaimana pula rupa bapanya. Tuhan boleh mencipta Adam tanpa ibu dan bapa, adakah susah hendak mencipta Jesus yang hanya tiada bapa. Selama ini pun bukan air mani ibu dan bapa yang menjadikan manusia tetapi ketentuan (taqdir) yang ada di dalam ilmu Tuhan. Berapa banyak haiwan yang membiak tanpa induk jantan.Apa yang hendak di hairankan. awak kata doa awak terkabul dengan memohon kepada Jesus. Berapa banyak doa yang telah terkabul tanpa melalui Jesus. Bagaimana doa mereka yang hidup sebelum adanya Jesus.

      Jika awak tanya saya di mana Tuhan. Sesungguhnya Tuhan yang ada sebelum adanya alam ini ada di dalam keyakinan saya. Itulah iman. Sesungguhnya iman itu kepercayaan dan setiap kepercayaan berlandaskan keyakinan. Serendah-rendah keyakinan adalah keyakinan terhadap apa yang disampaikan oleh guru yang nasab (salsilah)nya sampai kepada Rasul kerana Rasul adalah utusan Tuhan.

      • ape2 jelah says:

        dah dah lah gaduh,yang sesat tu biarkanlah dia sesat,ALLAH tu maha adil,bkn DIA tak bagi mimpi,alamat,akal untuk mereka yang sesat tu muhasabah diri,kepada yang sesat tu,aku nk bagitahu,serupiah pn aku xheran kat jesus yang ditian salib tu,aku hanya percaya kpd lsa lbnu Maryam orang lain2 tu pak

  39. rizky nugraha says:

    buat pengikut yesus…..
    orang di sini buat ngebahs masalah teknologi urang jaman dlu..
    artinya awak tak nyambung dalam cakap nech…

    saudara ku seiman dan seaqidah…
    sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang ndag kite ketahui…kite wajib beriman kepada hari akhir dan tanda2nye…
    yang perlu kite pebuat sekarang,,,tak laen,,ibadah n mempersiapkan segale kebutuhan kite buat bekal di akherat

  40. alien itu buatan amerika dan sekutunya
    khusus buat pengikut yesus lho kelaut aja cari tude
    mana ada yesus kabulin doa dia saja telanjang disalib bodoh kau.

  41. kimy says:

    ingin pinjam nota tuan hamba untuk di pamerkan di blog saya

  42. nizam pac says:

    mintak maaf banyak2 sebab mencelah. aku nak tau kenape artkel diatas tak disertakan dengan gambar. atau link yang authentic? kalau ade video dokumentari lagi elok. tak mungkin penemuan2 hebat diatas langsong tak diambil pandang oleh ahli antropologi dan arkeologi? kalau penemuan2 ni betol dan sah, kenapa aku tak pernah dengar sesiapa doktor atau saintis yang menang anugerah nobel yang dapat membuktikan adam dah kaum2 awalnya wujud di atas planet ni?

  43. iman says:

    betulkah yakjuj dan makjuj akn kluar dari setiap tempat tinggi???? tlg jawap..

  44. rimau_malaya says:

    Salam kepada semua yang telah memberikan komen di atas. Saya tertarik dengan topik yang di bincangkan mengenai teknologi pada zaman dahulu. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai teknologi zaman Nabi Sulaiman. Pernahkan anda mendengar kisah istana Balqis yang ingin di pindahkan oleh Nabi Sulaiman? Dalam surah An-Namli, ayat 38-40

    “Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

    “Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

    “Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

    Di sini dapat di lihat bahawa Nabi Sulaiman bertanya dengan bersahaja kepada pembesar atau pegawai kerajaannya pada waktu itu. Tidak ada sebarang perancangan yang terperinci yang berlaku pada waktu ini.Pada mulanya Ifrit memberitahu Nabi Sulaiman bahawa beliau boleh membawa istana itu pada kadar sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduk beliau. Tetapi seorang imuwan dan ahli kitab menyatakan bahawa beliau iaitu Asif Bin Barqiya boleh memindahkan istana Balqis pada kadar sekelip mata.Jika dilihat semula, Asif Bin Barqiya dengan yakin dan bersahaja mengatakan beliau boleh memindahkan istana Balqis itu pada kadar yang amat pantas. Jadi, apa yang saya boleh katakan bahawa teknologi pada zaman Nabi Sulaiman telah melangkaui teknologi yang kita kecapi pada masa kini. Ada yang mengatakan bahawa Asif Bin Barqiya hanya menggunakan niat tetapi niat yang berkaedah iaitu menggunakan cara atau kaedah. Jika Asif Bin Barqiya hanya menggunakan niat, tentu Nabi Sulaiman sendiri boleh melakukannya kerana Nabi Sulaiman adalah tinggi darjatnya di sisi ALLAH SWT jika di bandingkan dengan Asif Bin Barqiya. Pada hari ini, saintis sibuk untuk mencari atau meniru kaedah yang dilakukan oleh Asif Bin Barqiya iaitu teleportasi. Saintis menamakan projek ini sebagai Philadelphia Experiment. Mereka mengatakan projek ini berjaya tetapi itu hanyalah propaganda semata-mata kerana ia tidak berjaya langsung.

    Merujuk kepada surah Al-Furqaan ayat 44,

    (Setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika ia
    melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan
    pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang
    diperbuat licin berkilat dari kaca”. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: “Wahai
    Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan
    bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan
    sekalian alam ”

    Di sini kita dapat lihat bahawa teknologi kaca pun sudah ada pada zaman Nabi Sulaiman. Jadi teknolgi yang kita kecapi pada hari ini tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan kaum yang terdahulu seperti kaum A’ad dan Thamud. Maha Suci ALLAH.

    Pada pendapat saya, kisah sejarah yang kita belajar pada hari ni telah dirosakkan oleh kaum yang tidak bertangungjawab dan tidak ingin mempercayai kewujudan ALLAH SWT.

    Wallahu’alam.

  45. irsal says:

    Allahu ‘alam…

  46. hanapi says:

    anda boleh gunakan buku tafsir al-quran,,,,,,sebagai bahan rujukan,,,nabi pon ada pesan ,,2 perkara kalau kita pegang kuat,( amalkan) kita akan selamat

  47. kamal says:

    saya rasa teknologi zaman dahulu tak secanggih sekarang..kalau zaman dahulu lebih cangih dari hari ini…mungkin juga al quran tu ditulis oleh orang2x zaman dahulu kerana dalam al quran terdapat banyak ilmu dan bukti2x sains contohnya kejadian siang dan malam,bentuk bumi,edarang bulan dan matahari & sebagainya…bayangkan la penemuan2x saintifik yg ada sekarang sudah tercatat dlm al quran iaitu firman2x Allah yg manusia dahulu belum dapat utk mengkajinya tetapi baru dapat diperolehi sekarang..so hal ini membuatkan lagi orang2x kafir yakin yg al quran tu sememangnya ayat Allah swt..hanya Allah yang maha mengetahuinya..pemikiran manusia sangat terbatas…so jgn la terlalu mengkaji sehingga keluar benda2x yang merepek …..harap apa yang saya cuba ckp ni difahami…aku pun tak pandai sangat nak explain mcm mana : )

    • Ann says:

      ayat ‘saya rasa’ tue bermaksud anda juga tidak pasti so pikir2kan dan buka2x kan lah pikiran anda ;)

    • Ishak says:

      Teknnologi tersebut berlaku sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Jadi tidak hairanlah jika teknologi tersebut benar-benar berlaku. Sebab Al Quran sudah mengakui kehebatan manusia zaman silam. Manusia dan teknologi silih berganti. Zaman Nabi Muhammad sudah hancur kembali dan kuno kembali tamadun. Selepas 10,000 tahun, teknologi hidup kembali. Kehancuran akan terjadi kembali apabila manusia tidak mengikut perintah Allah SWT. Allah memberitahu bahawa bumi ini hancur kerana tangan manusia itu sendiri. Al Quran menceritakan ayat ini supaya manusia berfikir dan melihat kembali kehebatan manusia zaman silam yang hancur silih berganti kerana perbuatan mereka itu sendiri.

  48. hehe says:

    @pengikut yesus : malah, gw sering bacain ayat kursiy tuch ke arah yesus lo, eh malah kebakaran dia. Ternyata Yesus Iblis ya, bukan Nabi Isa, gw kira dlu yesus loe itu Nabi Isa trnyata bukan.
    Waktu gw bakarin si yesus loe dgan ayat kursiy dia kabur2an loh, tanya dech ma yesus loe klo ga caya, hehe… Tpi tenang yesus loe ga kan kasih tau siapa aj yg bakarin dia soalnya di leher yesus sudah dihunus pedang malaikat maut, hehe…
    Kayaknya lumayan asyik juga bakarin yesus loe, jadi gencaran antek2 yesus loe makin kebongkar data2 nya.
    Diharap bagi umat muslim targetin aj ayat kursiy ke YESUS nya orang Nashrani, biar dia makin kebakaran rambut, biar botak n informan dari syethan mereka berkurang dan mempercepat keluar bukti2 otentik tentang rencana mereka, untuk memperbudak orang Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s